Datang raikan graduasi, Tengku Zafrul bangga anak raih kelas pertama -“Jangan lupa balik Malaysia…”

LocalPolitics
22 Jul 2026 • 12:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak sulung Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Tengku Zahra Jasmina mencipta kejayaan membanggakan apabila menamatkan pengajian dalam bidang Kesusasteraan Inggeris dengan Kepujian Kelas Pertama di University of Warwick, United Kingdom.

Tengku Zahra Jasmina, yang merupakan anak sulung daripada empat beradik, bakal meneruskan pengajian ke peringkat sarjana di University of Oxford selepas ini.

Image from: Datang raikan graduasi, Tengku Zafrul bangga anak raih kelas pertama -“Jangan lupa balik Malaysia…”

Tengku Zafrul berkata, detik berkenaan cukup bermakna buat beliau dan keluarga apabila kembali ke universiti berkenaan bagi meraikan hari graduasi anaknya.

Menurutnya, perjalanan daripada menghantar anaknya melanjutkan pengajian sehingga meraikan kejayaan itu menjadi satu kenangan yang tidak ternilai.

“Dulu hantar belajar. Hari ini datang raikan hari graduasi.
“Tahniah, Zahra! Kepujian Kelas Pertama Kesusasteraan Inggeris University of Warwick, United Kingdom. Kami sangat bangga dengan kamu,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Image from: Datang raikan graduasi, Tengku Zafrul bangga anak raih kelas pertama -“Jangan lupa balik Malaysia…”

Dalam nada berseloroh, Tengku Zafrul berkata beliau lebih mudah memantau anaknya selepas ini memandangkan beliau turut mempunyai program akademik di University of Oxford.

Artikel lain:

“Lepas ini sambung sarjana di Oxford pula. Kebetulan papa pun ada ‘fellowship’ di sana, senanglah nak periksa Zahra buat apa,”kongsi beliau.

Image from: Datang raikan graduasi, Tengku Zafrul bangga anak raih kelas pertama -“Jangan lupa balik Malaysia…”

Pada masa sama, beliau turut menitipkan pesanan kepada Tengku Zahra Jasmina supaya kembali berbakti kepada negara selepas selesai melanjutkan pengajian.

“Selepas habis sarjana nanti, jangan lupa balik Malaysia,”titip pesannya.

Hantaran berkenaan turut disertakan beberapa keping gambar kenangan bersama keluarga sempena majlis graduasi tersebut.

Sumber: FB Tengku Zafrul

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved