'Dulu hantar belajar, hari ini raikan graduasi' - Tengku Zafrul bangga anak sulung genggam ijazah kelas pertama universiti ternama UK

22 Jul 2026 • 11:54 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Dulu hantar belajar, hari ini raikan graduasi' - Tengku Zafrul bangga anak sulung genggam ijazah kelas pertama universiti ternama UK

BAPA mana tidak gembira apabila cahaya mata melakar kejayaan dalam pelbagai fasa kehidupan terutama akademik.

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkongsi detik berharga anak sulungnya, Tengku Zahra Jasmina selamat bergraduasi di sebuah universiti ternama di United Kingdom.

Lebih istimewa lagi, puterinya berjaya meraih Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam Kesusasteraan Inggeris.

"Tahniah, Zahra! First Class Honours in English Literature di University of Warwick. We are so proud of you," titipnya.

Image from: 'Dulu hantar belajar, hari ini raikan graduasi' - Tengku Zafrul bangga anak sulung genggam ijazah kelas pertama universiti ternama UK

Bukan sekadar menggenggam ijazah dari universiti berprestij tinggi, perjalanan akademik Tengku Zahra tidak berhenti di situ apabila dia bakal meneruskan pengajian di peringkat Sarjana (Master's) di University of Oxford.

Menariknya, Tengku Zafrul turut berseloroh mengenai perancangan masa depan anaknya itu memandangkan beliau sendiri mempunyai program Fellowship di universiti terkemuka dunia berkenaan.

Image from: 'Dulu hantar belajar, hari ini raikan graduasi' - Tengku Zafrul bangga anak sulung genggam ijazah kelas pertama universiti ternama UK

"Lepas ni sambung Master's di Oxford pula. Kebetulan papa pun ada fellowship disana. Senanglah nak check Zahra buat apa," titipnya.

Turut berkongsi potret keluarga, Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) itu turut menitipkan pesanan mesra khas buat anak tercinta agar tidak lupa untuk kembali dan berbakti untuk tanah air tercinta sebaik sahaja selesai menamatkan pengajian di peringkat sarjana kelak.

"p/s: Lepas habis Master's nanti... jangan lupa balik Malaysia. ," coretnya.

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang Tengku Zahra, selain memuji sokongan serta dorongan berterusan daripada beliau sebagai seorang bapa terhadap pendidikan anak-anak.

Sekadar info, hasil perkongsian hidup dengan isteri tercinta, Raja Datin Seri Utama Johanna Adrina Raja Arshad, Tengku Zafrul dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved