Datin Patimah ‘Throwback’ Gambar Lama, Beri Bayangan Keluarga Akan ‘Bersatu’ Semula?

Entertainment
11 Sep 2024 • 3:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemelut rumah tangga pengarah tersohor tanah air, Syamsul Yusof menarik perhatian ramai baru-baru ini.

Pengarah filem KL Gangster itu telah disahkan bercerai dengan isterinya,, Faghirah Fatini Binti Kazaruddin atau lebih dikenali sebagai Ira Kazar.

Sepanjang kontroversi yang melanda, ibu kepada pengarah tersebut iaitu Datin Patimah Ismail sering memuat naik status atau gambar yang berkaitan dengan permasalahan rumah tangga anak sulungnya itu.

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya, Datin Patimah membuat satu hantaran di IG Story yang memaparkan gambar-gambar keluarga itu ketika menyambut perayaan Aidilfitri pada tahun-tahun sebelum ini.

Malah, Datin Patimah juga memberi bayangan seakan keluarga mereka itu akan ‘bersatu’ dan berkumpul kembali.

image is not available

Pun begitu, isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan hantaran di IG Story miliknya itu.

Sebagai info, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand semasa Syamsul masih lagi suami kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Mereka berdua bagaimanapun sah bercerai pada 5 September lalu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.