Perceraian Syamsul Yusof & Ira Kazar Tiada Kaitan Dengan Taklik – Peguam

Entertainment
29 Aug 2024 • 4:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila pengarah tersohor tempatan Syamsul Yusof dikatakan sudah bercerai dengan isterinya, Faghirah Fatini Binti Kazaruddin atau lebih dikenali sebagai Ira Kazar.

Mereka berdua bagaimanapun belum mengesahkan perceraian mereka di mahkamah kerana Ira Kazar baru sahaja melantik peguam.

image is not available

Terbaru, peguam syarie mewakili pengarah filem itu iaitu Azmi Mohd Rais menegaskan isu perceraian anak guamnya itu dengan isteri, hanya disebabkan tiada persefahaman dan tiada kaitan dengan lafaz taklik.

“Saya tak tahu, saya tak tahu (mengenai lafaz taklik). Saya tidak dimaklumkan apa-apa (oleh Syamsul) pasal benda lain.

Bagi pihak Syamsul, segala tuntutan dibuat terhadap Ira mengikut seksyen 47 (Enekman Undang-Undang Keluarga Selangor) sudah pun kami serahkan kepada pihaknya selaku defendan,” katanya.

Beliau turut berkata, pihak peguam Ira yang diwakili peguam syarie, Fadil Abd Razak juga sudah memfailkan wakalah ketika prosiding perceraian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selasa lalu.

Sebelum ini, Azmi semasa ditemui media di perkarangan mahkamah baru-baru ini memberitahu kes perceraian pasangan itu ditangguhkan pada 25 September depan.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.