'Dating pun bawa mami...' – Bukan saja-saja pilih kahwin muda, Eyra Hazali dedah family planning Haziq Nadzli yang ramai tak tahu!

Family & ParentingLifestyle
26 May 2026 • 8:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Dating pun bawa mami...' – Bukan saja-saja pilih kahwin muda, Eyra Hazali dedah family planning Haziq Nadzli yang ramai tak tahu!

DI sebalik kemanisan perkahwinan muda pelakon jelita Eyra Hazali dan penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli, rupanya tersimpan satu perancangan masa depan yang cukup matang.

Jarang-jarang kita dengar anak muda yang baru nak membina nama sudah berfikir jauh tentang fasa persaraan, namun pasangan secocok ini membuktikan bahawa cinta bukan sekadar tentang janji manis, tetapi juga persediaan rapi demi masa depan keluarga.

Menurut Eyra, segala-galanya bermula daripada kesedaran suaminya tentang jangka hayat kerjaya sebagai seorang atlet profesional.

Menyedari bahawa bidang bola sepak mempunyai garis masa yang agak singkat, Haziq lebih awal mengorak langkah menyusun strategi kehidupan dan kewangan mereka, terutamanya yang melibatkan kebajikan zuriat mereka.

Image from: 'Dating pun bawa mami...' – Bukan saja-saja pilih kahwin muda, Eyra Hazali dedah family planning Haziq Nadzli yang ramai tak tahu!

“Sebenarnya, semuanya bermula daripada Haziq. Sebab dia duk fikir, kerjaya bola sepak ni tak lama.

"Sebab bila mereka berumur 40-an, mereka dah slow down ataupun kita kata pencen. Jadi, dia kata sebenarnya dia ada perancangan keluarga, dia ada perancangan kewangan.

"Bila kita berbual-bual fasal perancangan keluarga terutamanya, memang banyak ke arah anak sebenarnya.

"Dia kata, lebih baik kita berkahwin muda,” kongsi Eyra santai menerusi satu temu bual bersama majalah Pa&ma di aplikasi TikTok.

Bukan itu sahaja, cerita Eyra atau nama sebenarnya, Hazira Qasdina Hazali lagi, faktor menjaga batas pergaulan ketika bercinta juga menjadi pendorong utama mengapa mereka memilih untuk menamatkan zaman bujang seawal usia muda.

Image from: 'Dating pun bawa mami...' – Bukan saja-saja pilih kahwin muda, Eyra Hazali dedah family planning Haziq Nadzli yang ramai tak tahu!

Kahwin muda

Menariknya, mereka tidak pernah mengamalkan budaya keluar berdua-duaan tanpa peneman sepanjang tempoh perkenalan.

“Dia pun sebenarnya tidak suka keluar berdua. Kalau sesiapa yang kenal kami daripada awal, kalau pergi mana-mana, memang bawa mami saya. Janji temu sekali dengan kami.

"Jadi dia kata daripada kita keluar macam ni, apa kata kita kahwin sahaja terus. Dan bila ada anak pun, dia tak nak bila umur dia dah 40 tahun, anak baru nak masuk tadika, anak baru nak masuk sekolah rendah.

"Jadi banyak sebenarnya perancangan daripada situ. Itulah tercetusnya keputusan untuk kahwin muda,” katanya lagi yang mengimbau kembali detik indah tersebut.

Image from: 'Dating pun bawa mami...' – Bukan saja-saja pilih kahwin muda, Eyra Hazali dedah family planning Haziq Nadzli yang ramai tak tahu!

Sikap matang dan berpandangan jauh penjaga gol Kuching City itu nyata membuahkan hasil yang cukup manis buat keluarga kecil mereka hari ini.

Sekadar makluman, pasangan sama cantik sama padan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Disember 2018.

Hasil perkongsian hidup yang penuh harmoni itu, mereka kini bahagia menjalani tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada tiga orang cahaya mata yang comel,  Muhammad Hayder Qhalish, Muhammad Endra Haqimie dan Muhammad Eskandar.

View Original Article