Datuk, 3 cucu maut rumah terbakar

21 Feb 2025 • 4:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Stefyanie Myla Micheal

LABUAN: Kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Taman Lazenda Villa 2 di sini meragut nyawa seorang datuk dan tiga cucunya pada 12.50 pagi, Khamis.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim, dalam satu kenyataan berkata mangsa terkorban ialah seorang lelaki berusia 65 tahun, dua kanak-kanak lelaki berusia lapan dan 12 tahun, dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Advertisement“Siasatan polis di tempat kejadian mendapati sembilan orang berada di dalam rumah ketika kebakaran. “Empat mangsa, termasuk seorang bayi, berusia antara satu hingga 61 tahun diselamatkan dengan bantuan orang awam, manakala lima lagi terperangkap. “Pihak bomba kemudiannya menemui empat kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat atas rumah itu dipercayai akibat terhidu asap,” katanya.

Mohd Hamizi berkata, dua kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia akibat kecederaan ketika menerima rawatan di hospital.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Pihak bomba menemui mayat seorang lelaki dewasa yang rentung di dapur.

“Setakat ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun masih dirawat di hospital, manakala bedah siasat akan dijalankan ke atas semua yang maut. “Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya.

AdvertisementSementara itu, Mohd Hamizi menggesa orang ramai supaya mengelak daripada berkongsi gambar atau video mangsa, menekankan keperluan untuk menghormati privasi dan sensitiviti keluarga yang bersedih.