“Datuk Jijo, Shah Firdaus lepas” – 4 Wakil Pelumba Basikal Layak Ke Paris 2024

23 Apr 2024 • 12:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tiga pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus dan Nurul Izzah Izzati secara rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung bermula 23 Julai hingga 11 Ogos nanti.

Berita baik itu diumumkan Timbalan Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurutnya, badan induk itu telah menerima pengesahan berhubung perkara berkenaan menerusi pemberitahuan rasmi daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) awal pagi Selasa.

Tambahnya lagi, UCI secara rasmi mengumumkan kuota perlumbaan trek itu kepada Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) setiap negara.

image is not available

Selain itu, Datuk Amarjit juga berbangga dengan komposisi pasukan trek negara di Paris nanti apabila Datuk Azizulhasni dan Shah Firdaus layak bagi dua acara iaitu keirin dan juga pecut. Manakala, Nurul Izzah pula bakal membuat penampilan pertama dalam kedua-dua acara di temasya sukan terbesar dunia itu.

image is not available

Jelasnya lagi, Malaysia bakal mempunyai empat orang wakil daripada sukan berbasikal iaitu 3 dalam acara trek dan satu acara lebuh raya selepas Nur Aisyah Zubir muncul sebagai pelumba wanita pertama negara yang layak beraksi di Sukan Olimpik.

Menurutnya lagi, pasukan trek negara sudah merangka program latihan untuk tempoh tiga bulan menjelang temasya berkenaan, bermula dengan latihan pusat di Velodrom Nilai sebelum ke Belgium, Sepanyol, England dan terus sertai perlumbaan di Paris yang dijadualkan pada 6 hingga 11 Ogos nanti.

Dengan perkembangan terbaharu itu, sembilan atlet Malaysia secara rasmi layak ke Olimpik Paris 2024 iaitu penerjun, Bertrand Rhodict Lises, Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran), Johnathan Wong (menembak), Ariana Nur Dania (memanah) dan Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat) yang sudah melayakkan diri lebih awal sebelum ini.

Sumber : BH Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.