Datuk Manoharan Periasamy Dilantik Sebagai Pengerusi Tourism Malaysia

LocalTravel
11 Dec 2025 • 8:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Datuk Manoharan Periasamy Dilantik Sebagai Pengerusi Tourism Malaysia

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Tiong King Sing, mengumumkan pelantikan YBhg. Datuk Manoharan Periasamy sebagai Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang berkuat kuasa mulai 8 Disember 2025.

Pelantikan ini selaras dengan peruntukan Seksyen 5(1)(a), Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481).

Datuk Manoharan, yang sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Tourism Malaysia menggantikan YBhg. Datuk (Dr.) Yasmin Mahmood.

Dengan pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam dan sektor pelancongan selama lebih 30 tahun, beliau pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia & Afrika), Pengarah Kanan Bahagian Pengiklanan & Digital, Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej serta Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat.

Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh kehadiran Malaysia di pasaran Asia Selatan melalui jawatannya sebagai Pengarah Tourism Malaysia Mumbai dan Pengarah Tourism Malaysia New Delhi di India dari tahun 2000 hingga awal 2016.

YBhg. Datuk Manoharan menyatakan komitmen beliau untuk memikul tanggungjawab tersebut dengan penuh dedikasi.

“Saya amat menghargai kepercayaan yang diberikan melalui pelantikan ini. Amanah yang dipertanggungjawabkan adalah besar, khususnya dalam memastikan keberhasilan dan pelaksanaan VM2026

“Saya beriltizam untuk bekerjasama rapat dengan pengurusan serta seluruh warga Tourism Malaysia bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama,” ujar beliau.

Pelantikan YBhg. Datuk Manoharan Periasamy dijangka memperkukuh hala tuju strategik Tourism Malaysia, khususnya dalam usaha memantapkan penyelarasan program dan aktiviti promosi pelancongan negara menjelang pelaksanaan Kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026).

The post Datuk Manoharan Periasamy Dilantik Sebagai Pengerusi Tourism Malaysia appeared first on Siakap Keli.