Datuk Red Mahu Tunaikan Hasrat Adira, Bakal Adakan Majlis Kahwin Jika Ada Jodoh - “Hari Itu Nikah Sorok, Takkan Kali Ini Nak Juga?"

20 Oct 2024 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan Datuk Red mendedahkan bekas isterinya iaitu Adira pernah meluahkan hasrat untuk mengadakan majlis perkahwinan sekiranya mereka dipertemukan jodoh kembali. 

Hasrat mahu ada majlis

Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red berkongsi perkara tersebut sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok. 

“Insya-Allah. Saya ada suarakan dekat Adira (untuk nikah)... tapi dia kata hari tu bernikah pun sorok-sorok. Takkan nikah kali ini nak sorok-sorok juga?
 
“Bagilah ada majlis sedikit. Betul juga apa yang dia kata,” ujarnya.
 

@ayuuariffin84 Yang sebelum ni kahwin sorok²,kali ni Ami nak ada majlis.tu permintaan Adira -Abg Red.Semoga ada jodoh utk mereka #fyp #datored #abgred #adirasuhaimi #adira #ami #artist ♬ original sound - Ayuu84
 



 

“Kesiankanlah dia. Jadi saya akan tunaikan permintaan terakhir dia.Doakan saya,” tambahnya lagi.
 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Datuk Red dan bekas isterinya itu bersatu semula di atas jinjang pelamin.
 
“Semoga Adira sihat, panjang umur dan ada jodoh semula dengan Datuk.
 
“Semoga dipermudahkan segala urusan Datuk Red dan Adira berjodoh semula.
 
“InsyaAllah, dipermudahkan segalanya syukur Alhamdulillah,”komen beberapa netizen
 
Sekadar info, Datuk Red menceraikan Adira yang merupakan isteri keduanya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.
 
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved