Datuk Red nafi ‘singkirkan’ Datin Red – “Saya masih boleh berkawan dengan dia”

24 Jul 2024 • 7:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Datuk Red nafi dakwaan mahu menyingkirkan bekas isteri pertamanya, Datin Red dalam kehidupan apabila khabar angin untuk kembali ke pangkuan Adira mula tersebar di media sosial, baru-baru ini.

Menurut laporan Gempak, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, perpisahan yang berlaku sebelum ini adalah kehendak kedua-dua bekas isterinya dan akui menunggu jawapan jika ingin rujuk kembali sehingga tamat tempoh iddah.

“Ada pihak yang cakap ini semua permainan saya untuk singkirkan Datin Red. Sebenarnya dua-dua mohon bercerai dengan saya.

“Jadi untuk singkirkan memang tak pernah terfikir. Sehingga iddah saya ada tunggu tapi tak ada yang ingin merujuk semula. Takkan saya seorang saja yang perlu memujuk sebab ia seperti bertepuk sebelah tangan,” katanya.

Datuk Red nafi

image is not available

Bukan itu sahaja, Datuk Red memberitahu dia sudah berbincang dengan Datin Red mengenai rancangannya untuk berkahwin semula bersama Adira pada tahun depan.

Dalam pada itu, dia masih mengekalkan hubungan sahabat bersama Datin Red dan tidak mempunyai masalah sekiranya bekas isteri pertamanya itu bertemu jodoh kelak.

“Lepas habis iddah antara kami berdua, kami dah berbincang dan saya doakan kebahagiaan masing-masing.

“Macam dia (Datin Red) pun dia muda lagi, kalau dia ada jodoh lain pun tak ada masalah, saya masih boleh berkawan dengan dia,” jelasnya.

Datuk Red nafi

image is not available

Sebelum ini, tular di media sosial apabila penyanyi Adira Suhaimi dikhabarkan akan kembali bersatu dengan bekas suami, Datuk Red dan telah rancang kahwin tahun depan lepas raya.

Datuk Red meluahkan rasa syukur diberi peluang kedua untuk memulihkan kembali hubungan dan mereka kini dalam fasa untuk mengenali hati budi masing-masing.

Sekadar info, Datin Red mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red pada tahun 2005 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Dia kemudiannya berkahwin dengan Adira pada 3 Disember 2015 dan memiliki empat zuriat.

image is not available

Sumber: Gempak (Muhammad Firdaus)