Peguam syarie yang mewakili Datuk Red, Muhammad Akmal Amzan tampil menjelaskan ketidakhadiran anak guamnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi ini.
Menurut Muhammad Akmal, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu tidak dapat hadir kerana terikat dengan komitmen kerja.
Advertisement
Beliau turut menafikan dakwaan kononnya ahli perniagaan itu tidak hadir ke mahkamah kerana pergi berbulan madu bersama isteri baharunya, Rohanita.
“Tidak (bukan berbulan madu). Datuk Red tak dapat hadir sebab saya dimaklumkan pagi tadi yang beliau ada urusan kerja.”
“Tetapi bukan pergi mana-mana seperti yang disangkakan. Dia ada di sini (dalam kawasan), cuma tak dapat datang pada pagi ini,” katanya ketika ditemui selepas prosiding permohonan penarikan balik kes berkenaan di Mahkamah Syariah Gombak Barat, hari ini.
Jelas Muhammad Akmal, Datuk Red sudah memaklumkan lebih awal mengenai kemungkinan tidak dapat hadir ke mahkamah.
Bagaimanapun, pengesahan ketidakhadiran itu hanya dimaklumkan kepadanya pada pagi hari prosiding berlangsung.
“Semalam dia ada maklumkan kepada saya kemungkinan tak dapat datang pada hari ini.”
Pagi tadi baru dia bagi pengesahan yang dia tidak dapat hadir. Tidak mengapa sebab sudah ada peguam, jadi saya boleh wakilkan,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Muhammad Akmal berkata ketidakhadiran Datuk Red tidak menimbulkan masalah kerana anak guamnya itu sudah selesai memberi keterangan pada prosiding terdahulu.
Mengenai tarikh sambungan keterangan plaintif pada 3 September depan, Muhammad Akmal berkata beliau belum dapat memastikan sama ada Datuk Red akan hadir atau tidak.
“Saya tidak pasti lagi. Saya dah maklumkan untuk Datuk Red hadir. Cuma kalau tak datang pun tiada masalah,” katanya.
Semalam merupakan prosiding pengesahan lafaz rujuk yang difailkan Datuk Red terhadap isterinya sebelum kes berkenaan disambung pada September depan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Dia Dah Nikah, Saya Macam Mana Nak Kahwin?" - Kes Lafaz Rujuk Adira Dan Datuk Red Tangguh September Depan
The post Datuk Red Tak Hadir Mahkamah Bukan Sebab Berbulan Madu, Peguam Nafi Dakwaan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






