“Mudah untuk dia berkahwin kan? Saya nak kahwin susah” – Kes Pengesahan Lafaz Rujuk Adira Suhaimi Ditangguh 3 September

LocalEntertainment
9 Jul 2026 • 5:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft adira suhaimi

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hari ini menangguhkan kes pengesahan lafaz rujuk yang difailkan oleh Datuk Red, 48 terhadap bekas isteri yang juga penyanyi Adira Suhaimi pada 3 September depan.

Berikutan itu, Adira memaklumkan bahawa dirinya akan memikirkan soal berumah tangga semula setelah kes pengesahan lafaz rujuk ini selesai sepenuhnya.

Artikel berkaitan: Datuk Red Bakal Berkahwin Kali Ketiga Julai Depan, Adira Suhaimi Tumpang Bahagia

Katanya, ia bagi membolehkan dirinya memberikan tumpuan berkenaan kes itu yang masih lagi berjalan di mahkamah.

“Macam mana saya nak kawin? Kes ini pun belum selesai lagi. Mudah untuk dia berkahwin kan? Saya nak kahwin susah.”

“Macam mana kita nak rancang, perkara ini tak selesai lagi? Beri masa untuk saya selesaikan dulu, kalau ada, Insya-Allah.”

fbf6ac57 87a1 4b4e aee4 cbdd8201977d 2048x1365 1

Selain itu, Adira juga menolak untuk memberikan ulasan dengan lebih lanjut tentang hubungannya dengan seorang jejaka misteri dan akan memberikan kenyataan selepas kes lafaz rujuk selesai.

“Tak apa, saya akan cerita semua benda ini  selepas hal ehwal mahkamah selesai, Insya-Allah. Saya nak fokus untuk selesai dahulu kes rujuk ini. Kemudian baru saya boleh buka semua cerita.”

Memetik laporan Utusan, prosiding yang berlangsung selama hampir 2 jam itu diadakan secara tertutup dengan kehadiran defendan, manakala plaintif tidak hadir atas urusan peribadi.

Sumber : Utusan

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved