Penyanyi Adira Suhaimi mengakui belum memikirkan soal mendirikan rumah tangga semula selagi prosiding pengesahan lafaz rujuk yang difailkan bekas suaminya, Datuk Red masih belum selesai di mahkamah.
Menurut Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, buat masa ini dia mahu memberi sepenuh tumpuan kepada penyelesaian kes tersebut sebelum memulakan lembaran baharu dalam hidup.
Advertisement
“Saya macam mana nak kahwin? Kes ini pun belum selesai lagi. Dia (Datuk Red) senang dah kahwin, kita nak kahwin susah.
“Kena selesaikan semua ini (prosiding mahkamah) ini duhulu,” katanya sambil berseloroh.
Penyanyi berusia 34 tahun itu berkata, dia sudah menjangkakan proses mahkamah akan mengambil masa yang panjang, namun tetap berlapang dada menghadapinya.
“Siapa yang tak penat turun naik mahkamah? Tapi saya anggap ini memang prosesnya. Doakan semuanya dipermudahkan,” ulasnya.
Tambah ibu kepada empat cahaya mata itu, jadual kerjanya juga akan disusun mengikut tarikh prosiding kerana urusan mahkamah menjadi keutamaan ketika ini.
@dato..red Expectation bila kau kahwin dengan laki lebih tua.. ??
? original sound – abg red – abg red
Mengulas mengenai hak penjagaan anak-anak, Adira memaklumkan hak hadanah kini berada di bawah jagaannya dan mendedahkan bekas suaminya masih belum pernah meminta untuk membawa anak-anak bermalam sejak berkahwin semula.
Ditanya mengenai hubungan anak-anak dengan isteri baharu Datuk Red, Adira berkata mereka masih belum pernah bertemu, namun dia terbuka sekiranya perkara itu diminta pada masa akan datang.
Dalam masa sama, Adira memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kehidupan peribadinya termasuk dakwaan hubungan dengan teman istimewa kini semakin serius.
Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua sebelum bercerai talak satu pada April 2024.
Datuk Red pula kembali bergelar suami selepas bernikah dengan wanita pilihannya, Rohanita pada 3 Julai lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Ada Orang Lepas Ambil Hak Orang... Biar 'Dia' Makin Gila..." - Rita Rudaini
The post “Dia Dah Nikah, Saya Macam Mana Nak Kahwin?” – Kes Lafaz Rujuk Adira Dan Datuk Red Tangguh September Depan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






