“Datuk Red versi yang terbaik sekarang” – Adira Terima Kalau Berjodoh Dengan Bekas Suami

Entertainment
4 Sep 2024 • 11:12 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Awal tahun ini, penyanyi Adira Suhaimi sah bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Meskipun sudah berpisah, namun Adira dan bekas suaminya itu selalu dilihat bersama lebih-lebih lagi di media sosial TikTok.

Menurut laporan Kosmo!, Adira memohon doa yang baik-baik daripada orang ramai tentang hasrat bekas suaminya, Datuk Red yang dikatakan ingin kembali memperisterikannya selepas Aidilfitri tahun depan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

“Kalau doa yang baik-baik ini, saya aminkan sahaja. Ada jodoh, insya-Allah. Kalau tiada jodoh pun, saya akan tetap kehidupan sebagai ibu tunggal.

Saya boleh cakap, versi Datuk Red yang sekarang adalah yang paling terbaik. Insya-Allah, dan saya percaya dia masih nak belajar lagi. Dia lebih santai dan pandai bergurau,” katanya.

Malah, pelantun lagu Pujaan Hati itu berkongsi dia tidak begitu terkesan dengan panggilan ‘ibu tunggal’ kerana terlalu sibuk bekerja, apatah lagi berasa sunyi.

“Sebenarnya, saya terlampau sibuk bekerja. Tak sempat nak rasa benda-benda begitu (sunyi).

Jarang di rumah. Contohnya, saya keluar siang anak-anak masih tidur dan saya balik malam waktu anak-anak dah tidur.

Saya kalau ada masa di rumah, tak nak layan perasaan (sunyi). Saya layan benda-benda yang sihat sebab saya mahu terus bekerja,” katanya.

Sebagai info, Adnan dan Adira mendirikan rumah tangga pada 24 April berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Bagaimanapun ikatan perkahwinan sembilan tahun itu berakhir dengan perceraian pada 24 April lalu.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.