Datuk Seri Siti Nurhaliza Terlibat Kemalangan Di Lebuhraya MEX, Dikejarkan Ke Hospital

LocalEntertainment
16 Apr 2026 • 6:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi tersohor negara, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan empat buah kenderaan di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) sebentar tadi.

Menurut pengurusnya, Rozi Sangdewi, kejadian berlaku ketika Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, dalam perjalanan pulang selepas selesai mengadakan persembahan.

Advertisement

image is not available

“Ramai yang menghubungi kami bertanya tentang Siti Nurhaliza. Kami dua kereta baru selesai mengadakan persembahan di RedQ AirAsia Sepang dan sewaktu melalui lebuh raya MEX (KM14.2), berlaku kemalangan.”

“Empat kereta terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti dan saya serta Fairuz berada berjarak beberapa kereta di belakang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Dalam pada itu, Rozi memaklumkan bahawa Siti telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan disahkan hanya mengalami kecederaan ringan.

image is not available

“Kami membawa Siti keluar dari kereta yang kemalangan dan masuk ke dalam kereta kami. Siti telah ke hospital, mengalami lebam dan bengkak bahagian kaki.”

“Alhamdulillah, segalanya selamat dan terima kasih di atas doa semua,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-04-16 16:01:52

Dapat Sumbangan RM20,000 Dari 'Live' Aliff Syukri, Norish Karman Luah Hasrat Miliki Kereta Baru - "Anak-Anak Semua Dah Besar"

The post Datuk Seri Siti Nurhaliza Terlibat Kemalangan Di Lebuhraya MEX, Dikejarkan Ke Hospital first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved