Siti Nurhaliza terlibat kemalangan, sahkan tiada kecederaan serius

LocalEntertainment
16 Apr 2026 • 7:38 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Siti Nurhaliza alami kecederaan ringan selepas kemalangan di Lebuhraya MEX berhampiran Sepang

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya MEX berhampiran Kilometer 14.2 pada Khamis.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh pengurusnya, Rozi Sangdewi menerusi satu kenyataan di media sosial.

Menurut Rozi, kejadian berlaku selepas dua buah kenderaan yang membawa rombongan mereka selesai mengadakan persembahan di RedQ AirAsia, Sepang. Difahamkan, kemalangan tersebut melibatkan empat buah kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Siti Nurhaliza.

“Empat kereta terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti dan kereta dinaiki saya serta Fairuz berada berjarak beberapa kereta di belakang. Kami membawa Siti keluar dari kereta yang kemalangan dan masuk ke dalam kereta kami,” katanya.

Siti Nurhaliza kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan mengalami kecederaan ringan berupa lebam serta bengkak pada bahagian kaki.

Image from: Siti Nurhaliza terlibat kemalangan, sahkan tiada kecederaan serius
View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Baca juga:

Dalam perkembangan sama, Siti sendiri mengesahkan beliau tidak mengalami kecederaan serius.

“Terima kasih semua yang mendoakan saya. Memang agak terkejut juga, tapi Alhamdulillah saya tidak mengalami kecederaan dalaman. Cuma kaki saya sahaja yang bengkak.

“Saya risau ligamen mungkin koyak, jadi saya sudah menjalani pemeriksaan X-ray dan kaki telah dibalut. Mungkin saya perlu berehat seketika,” katanya.

The post Siti Nurhaliza terlibat kemalangan, sahkan tiada kecederaan serius appeared first on The Reporter.

View Original Article