
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berkata akan mengambil tindakan serius dalam meningkatkan tahap dan kualiti pengurusan pokok-pokok matang di sekitar bandar raya Kota Kinabalu.
Berikutan cuaca hujan lebat dan anginn kencang yang sering melanda Kota Kinabalu mutakhir ini, DBKK melalui Jabatan Landskap akan menggandakan tindakan pemeriksaan dan penyelenggaraan rapi ke atas pokok-pokok matang mengikut jadual dan akan dilaksanakan secara bulanan.
"Kerja-kerja pemangkasan dahan pokok juga akan dilakukan dari semasa ke semasa selain meneliti tahap kesihatan pokok bagi mengenal pasti risiko pokok tumbang," kata DBKK dalam kenyataan media.
"DBKK melalui Jabatan Landskap akan menggandakan tindakan pemeriksaan kesihatan pokok dan penyelenggaraan pokok secara menyeluruh. Kerja-kerja pemangkasan pokok dibuat mengikut jadual di semua kawasan, tetapi tumpuan akan diberikan pada pokok- pokok matang di kawasan jalan-jalan utama."
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more * Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.


