
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mempertingkatkan tindakan menyelenggara parit belakang rumah dan rizab di kawasan kejiranan sekitar ibu negeri bagi mengurangkan kemungkinan nyamuk Aedes membiak di kawasan air bertakung serta rumput yang tidak terurus.
Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Pembersihan Bandaraya (JPPB) agensi itu berkata parit di belakang rumah dibersihkan sekali setiap enam bulan.
Menurutnya, Unit Paritnya baru-baru ini menjalankan kerja pembersihan parit di salah satu kawasan di Inanam dengan membuang mendapan lumpur dan rumpai dari dalam parit berkenaan.
RUMPUT di rizab parit dipotong sekali setiap enam bulan.“Tujuh kakitangan jabatan menggunakan cangkul untuk mengorek lapisan mendapan yang terkumpul di dasar parit,” katanya.
“Lumpur berkenaan dimuatkan ke dalam sebuah lori empat tan yang turut mengiringi pasukan berkenaan.”Jurucakap itu berkata parit di belakang rumah dalam kawasan perkadaran DBKK dibersihkan dua kali setahun manakala kontraktor konsesi kerajaan menjalankan kerja sama bagi parit di bahagian hadapan rumah mengikut jadual yang ditetapkan.
PENNY, yang tinggal di Ujana Kingfisher, berkata parit awam di belakang rumahnya kelihatan kurang diselenggara.
“Ia sudah lama tidak dibersihkan dan dipenuhi mendapan,” katanya.
Dia mengesyaki air di dalam parit itu mungkin bertakung kerana bau busuk kadangkala datang dari arah struktur berkenaan.
“Kami terpaksa memastikan tingkap di bahagian belakang rumah sentiasa ditutup bagi mengelakkan bau busuk masuk ke dalam rumah.
“Saya juga tidak berani menjemur pakaian di halaman kerana bau itu akan melekat pada pakaian saya.”Dia turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap usaha yang disifatkannya kurang bersungguh-sungguh dalam menjaga kawasan hijau di rizab parit berkenaan.
“Pekerja pemotong rumput datang dan pergi dengan begitu cepat dengan hanya beberapa sentimeter bahagian atas rumput dipotong setiap kali.
“Keladi liar dan pokok renek lain yang tumbuh di tepi parit dibiarkan begitu sahaja menyebabkan kawasan itu kelihatan tidak terurus.”Penny berkata dia menyedari peningkatan jumlah nyamuk yang berterbangan di sekitar rumahnya dan bimbang serangga berkenaan telah menjadikan parit itu sebagai habitat.
“Seorang jiran saya baru-baru ini menghidap denggi. Saya merayu pihak berkuasa tempatan supaya melakukan sesuatu terhadap sistem perparitan di sini secepat mungkin sebelum berlaku wabak denggi besar-besaran.”SALAH seorang daripada dua anggota VCU dilihat menjalankan kerja pengasapan di kawasan awam di Ujana Kingfisher. Dia memberikan maklumat berkaitan aduannya kepada Hotline. Maklumat ini kemudiannya dikemukakan kepada agensi berkenaan.
Jurucakap Jabatan Landskap DBKK berkata pemeriksaan dilakukan di Lorong Ujana 3 tidak lama selepas pihaknya dihubungi media.
Katanya, kakitangan Jabatan Landskap yang pergi ke lokasi mengesahkan bahawa pemerhatian penduduk berkenaan mempunyai asas.
Menurutnya, pasukan enam anggota kembali beberapa hari kemudian untuk menyelenggara rumput dan rumpai yang tumbuh di bahagian rizab parit yang tidak disimen.
“Potongan rumput dan rumpai itu kemudiannya dimuatkan ke dalam lori terbuka yang dihantar bagi memudahkan kerja berkenaan.”Ketika ditanya berapa kerap rumput di sekitar Ujana Kingfisher dipotong, jurucakap itu berkata kerja berkenaan dilakukan sebulan sekali.
“Bagaimanapun, susulan maklum balas daripada pembayar kadar, kami telah meminta kakitangan membuat pemeriksaan berkala di kawasan awam di sini dan menangani sebarang masalah yang dikenal pasti.
“Ini akan banyak membantu memastikan rizab jalan raya dan parit sentiasa berada dalam keadaan teratur dan boleh diterima.”Sementara itu, jurucakap Jabatan Kesihatan Persekitaran DBKK berkata, Unit Kawalan Vektor (VCU) menjalankan kerja pengasapan di kawasan perumahan berkenaan selepas mengetahui kebimbangan pemilik rumah itu.
“Dua anggota kami pergi ke kawasan awam dan, dengan kebenaran, ke kawasan rumah penduduk di sini,” katanya.
“Notis mengenai kerja pengasapan ditinggalkan di peti surat atau diserahkan sendiri kepada pemilik rumah pada pagi berkenaan. Kerja pengasapan dijalankan pada sebelah petang, beberapa jam kemudian.”Jurucakap itu berkata pembayar kadar yang bimbang mengenai kemungkinan berlaku wabak denggi di kawasan kejiranan mereka boleh menghubungi DBKK untuk mendapatkan langkah kawalan serangga perosak dilaksanakan di kawasan masing-masing.
“Permintaan mereka akan dipertimbangkan sewajarnya dengan VCU dihantar untuk menentukan sama ada memang terdapat banyak nyamuk di sepanjang jalan kawasan perumahan mereka.
“Sekiranya perkara itu terbukti benar, kami akan mengatur supaya kerja pengasapan dijalankan di kawasan kejiranan mereka.”



