
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan terdapat segelintir warga tempatan melakukan tindakan tidak bertanggungjawab apabila menawarkan lesen perniagaan mereka kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan.
Perkara ini adalah salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti lesen digantung atau dibatalkan.
DBKL akan ambil tindakan kepada warga tempatan salah guna lesen dengan membenarkan warga asing menggunakannya
Terbaharu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh memaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diarah untuk bertindak lebih tegas tanpa kompromi kepada warga tempatan yang menyalahgunakan lesen perniagaan mereka dengan membenarkan warga asing untuk menggunakannya.
Antara tindakan tegas yang diambil termasuklah menyenarai hitamkan mana-mana pemilik lesen yang menyalahgunakan lesen tersebut.
Senarai hitam pemilik lesen yang salah guna, bendung kegiatan warga asing berniaga tanpa lesen
Jelas Hannah, tindakan terbabit perlu dibuat kerana ia bertujuan untuk membendung kegiatan warga asing berniaga tanpa lesen yang masih lagi berleluasa khususnya di ibu kota.
Tambah Hannah, beliau telah meminta operasi pihak DBKL untuk dipertingkatkan di Kuala Lumpur dalam memastikan lesen yang dikeluarkan adalah sememangnya kepada pemohon.
DBKL akan batalkan lesen warga tempatan yang sub kepada warga asing
“Kalau kita tahu dan mengesan warga Malaysia yang dapat lesen perniagaan tetapi dia ‘sub’ (memberikan lesennya) kepada warga asing, DBKL akan membatalkan lesen itu.
“Kita memang tidak akan berkompromi dengan perbuatan itu, malah kita terus senarai hitam pemilik lesen yang didapati berbuat demikian,” ujarnya, lapor Berita Harian.
Hannah menjelaskan mengenai tindakan tegas itu selepas diminta untuk mengulas berhubung isu warga asing yang masih berani melakukan perniagaan tanpa lesen khususnya di ibu kota yang didakwa masih lagi belum diselesaikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Situasi seperti itu turut membuatkan beberapa pihak di kalangan rakyat tempatan juga mengambil tindakan sendiri termasuklah:
- Meninjau
- Mendedahkan lokasi warga asing berkenaan
DBKL sentiasa buat operasi penguatkuasaan
Kata beliau lagi, DBKL sentiasa melakukan operasi penguatkusaan di ibu negara secara berkala.
Malah warga asing yang menjalankan operasi perniagaan tanpa lesen sah itu juga tidak akan diberikan sebarang kompromi dalam usaha membanteras kegiatan tersebut.
Walau bagaimanapun, kata menteri itu PBT tidak boleh bertindak sendirian ini disebabkan kuasa mereka adalah terhad mengikut akta yang dikuatkuasakaan.
Oleh itu, kerajasama dengan agensi tertentu seperti Jabatan Imigresen serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu diperkukuh.





