Buat aduan! Warga asing, Rohingya tak boleh sewa rumah kos rendah – KPKT

19 Oct 2026 • 3:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Aduan berhubung penyewaan residensi awam dan rumah kos rendah kepada warga asing, termasuk etnik Rohingya, boleh dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Jabatan Perumahan Negara untuk tindakan lanjut.

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, pihaknya akan meneliti setiap aduan dan menjalankan pemantauan di lokasi terbabit sebelum menentukan tindakan yang bersesuaian.

“Mereka boleh laporkan kepada PBT dan Jabatan Perumahan Negara untuk kita turun dan pantau,” katanya selepas melawat Tapak Projek Residensi Hektar Gombak di Jalan Gombak, Kuala Lumpur hari ini.
Image from: Buat aduan! Warga asing, Rohingya tak boleh sewa rumah kos rendah – KPKT

Foto arkib: FB Aiman Athirah Sabu

Mengulas mengenai prosedur operasi standard (SOP) berkaitan penyewaan kediaman kepada warga asing, beliau berkata golongan itu sememangnya tidak sepatutnya menyewa kediaman, khususnya perumahan awam atau rumah kos rendah.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan keadaan itu mungkin berlaku apabila pemilik yang membeli kediaman berkenaan memilih untuk menyewakannya kepada warga asing.

“Ini mungkin berlaku (apabila) pembeli rumah menyewakan kepada warga asing.
“Itu di luar kawalan kita secara langsung, tetapi kalau ada apa-apa aduan, boleh laporkan sahaja supaya kita boleh buat pemantauan.
“Adukan sahaja dulu kepada kita, kita akan tengok macam mana kita nak salurkan dan ambil tindakan sebab ia perlu disiasat terlebih dahulu,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Tuty Haryanti Ahmad Rodzi)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved