DBKL keluar amaran banjir sejam sebelum kejadian

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 3:27 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: DBKL keluar amaran banjir sejam sebelum kejadian

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini berupaya mengeluarkan amaran awal banjir hingga satu jam sebelum kejadian berbanding hanya lima minit sebelum ini, susulan peningkatan keupayaan Pusat Kawalan Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui berkata penambahbaikan fungsi pusat kawalan itu membolehkan amaran banjir disalurkan lebih awal kepada penduduk.

Beliau berkata, sebanyak 14 lokasi dikenal pasti sebagai hotspot banjir dan banjir kilat di ibu negara tahun ini, namun tiada yang melibatkan kawasan Parlimen Batu.

“Berdasarkan rekod terdahulu, dalam lima tahun kebelakangan ini terdapat dua lokasi yang pernah terlibat dengan banjir kilat iaitu di Kampung Chubadak Asal dan Kampung Seri Delima di Parlimen Batu dengan melibatkan jumlah penduduk 250 orang,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan P.Prabakaran (PH-Batu) yang ingin tahu jumlah penduduk Parlimen Batu yang tinggal di kawasan berisiko banjir, kapasiti sebenar pusat pemindahan sementara (PPS) dan perancangan kerajaan menyediakan penempatan sementara jangka sederhana.

Su Fui berkata, DBKL dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyelaraskan PPS sebagai pelan tindakan jangka pendek dan sederhana, melibatkan 36 lokasi dengan kapasiti keseluruhan 3,550 orang.

Mengenai cabaran yang dihadapi, beliau berkata, kira-kira 70 peratus daripada keluasan kawasan tadahan atau takungan asal (33.5 hektar) di sekitar Kuala Lumpur telah berkurangan susulan pemberimilikan tanah sebelum ini.

Bagaimanapun, Prabakaran berkata DBKL dan Jabatan Wilayah Persekutuan bertekad menangani isu itu menerusi kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi mengenal pasti tapak yang sesuai untuk menggantikan kolam takungan air.

“Selain itu, Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL telah membekukan permohonan pembangunan di atas atau di sekeliling kolam takungan air serta bercadang menjadikan DBKL sebagai sebuah sponge city.

“Kita akan sentiasa meningkatkan prestasi DBKL khususnya untuk mengatasi masalah banjir di kawasan bandaraya KL,” katanya. – UTUSAN 

The post DBKL keluar amaran banjir sejam sebelum kejadian appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved