Kediaman Najib Di Langgak Duta Dilabel ‘Rumah Agam Penjara’ Di Google Maps

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 8:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Kediaman Najib Di Langgak Duta Dilabel ‘Rumah Agam Penjara’ Di Google Maps

KUALA LUMPUR - Kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta di sini mencuri perhatian apabila dipaparkan dengan label ‘prison mansion’ atau rumah agam penjara dalam hasil carian Google Maps.

Carian menggunakan kata kunci berkenaan membawa pengguna ke lokasi kediaman tersebut, yang turut disenaraikan di platform sama dengan nama ‘Jabatan Penjara Malaysia (Cawangan Duta)’.

Lebih menarik, paparan Street View yang membolehkan pengguna melihat persekitaran lokasi dari sudut 360 darjah turut memaparkan sebuah rumah yang dipercayai kediaman Najib.

Bagaimanapun, identiti pihak yang mewujudkan penyenaraian berkenaan serta bagaimana ia boleh muncul dalam platform itu masih belum diketahui.

Perkara itu timbul ketika Najib kini menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International menerusi pelaksanaan tahanan rumah di kediamannya itu.

Pada 14 Oktober lalu, peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan perkara berkenaan selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau berkata, Najib telah menerima titah rasmi Yang di-Pertuan Agong berserta dokumen yang mengandungi syarat serta ketetapan berkaitan pelaksanaan tahanan rumah berkenaan.

Bagaimanapun, Shafee enggan mengulas lanjut mengenai kandungan titah itu mahupun memperincikan aturan pelaksanaan tahanan rumah tersebut. - Getaran, 12 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved