DBKL Menamatkan Sokongan Aplikasi JomParking Untuk Bayaran Tempat Letak Kereta Di Bahu Jalan

TechnologyDigital
4 Jan 2025 • 7:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini memaklumkan para pengguna berkenaan sokongan aplikasi untuk pembayaran tempat letak kereta di bahu jalan kawasan Kuala Lumpur, dimana aplikasi JomParking untuk tujuan pembayaran tidak lagi disokong bermula 2025 ini. Sebab disebalik penamatan sokongan ini tidak dinyatakan.

image is not available

Dengan penamatan sokongan ini, antara aplikasi lain yang boleh digunakan untuk tujuan pembayaran tempat letak kereta di bahu jalan adalah termasuk EZ KL Smart Park, Flexi Parking, Touch n Go eWallet, Boost, Mcash dan juga Ekupon.

Bagi anda yang sedia menggunakan JomParking, boleh menggunakan kredit dalam aplikasi tersebut untuk pembayaran tempat letak kereta di kawasan lain yang menyokong platform tersebut, atau menghubungi pihak JomParking sendiri untuk maklumat lanjut.