DBKL nafi hampir 500 anggota penguat kuasa dihalang ambil tindakan

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 9:45 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

DBKL nafi dakwaan anggota penguat kuasa dihalang mengambil tindakan terhadap premis tertentu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan bahawa hampir 500 anggota penguat kuasanya yang bertugas di lapangan tidak dibenarkan mengambil tindakan terhadap premis tertentu, termasuk yang dikendalikan warga asing.

Dakwaan itu timbul menerusi satu hantaran di media sosial yang mempersoalkan sama ada wujud sekatan dalaman terhadap anggota penguat kuasa DBKL ketika menjalankan tugas.

Image from: DBKL nafi hampir 500 anggota penguat kuasa dihalang ambil tindakan
Hantaran tular di Threads

Bagaimanapun, DBKL dalam kenyataan menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tiada arahan yang menghalang anggota penguat kuasanya daripada mengambil tindakan terhadap kesalahan di bawah bidang kuasa DBKL.

Menurut DBKL, pembahagian tugas antara jabatan dan anggota penguat kuasa dibuat bagi memastikan setiap tindakan dilaksanakan mengikut fungsi serta undang-undang yang ditetapkan dan bukan sekatan kepada anggota untuk menjalankan tugas.

“Bagi kes melibatkan bidang kuasa agensi lain, DBKL akan mengambil tindakan dalam ruang kuasanya selain menyelaras tindakan bersama agensi berkaitan.” katanya.

Baca juga:

DBKL turut menegaskan tindakan penguatkuasaan dibuat berdasarkan kesalahan yang dilakukan dan bukan berdasarkan siapa yang mengendalikan sesuatu premis.

Pada masa sama, DBKL memandang serius sebarang dakwaan mengenai salah laku atau arahan yang menjejaskan tugas penguatkuasaan serta meminta pihak yang mempunyai maklumat atau bukti khusus mengemukakannya untuk diteliti.

Susulan hantaran berkenaan, DBKL akan membuat laporan polis bagi membolehkan perkara itu disiasat pihak berkuasa.

DBKL menegaskan penguatkuasaan dilaksanakan tanpa pilih kasih dan berdasarkan undang-undang.

The post DBKL nafi hampir 500 anggota penguat kuasa dihalang ambil tindakan appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved