DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa

21 Nov 2024 • 4:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
DBKL mengingatkan penyewa PA, PPR menjelaskan tunggakan sewa bagi mengelak dikenakan tindakan pemotongan bekalan air yang akan dilaksanakan bermula bulan depan.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan operasi pemotongan potong bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.

DBKL memaklumkan, tindakan di bawah Task Force Culas Sewa (TFCS) itu akan dilaksanakan bermula bulan depan.

"Tindakan memotong bekalan air terhadap unit penyewa yang masih mempunyai tunggakan sewa di kawasan PA dan PPR DBKL akan dilaksanakan.

"Selesaikan tunggakan sewa anda segera untuk mengelakkan tindakan tegas," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Katanya, penyewa digalak membuat pembayaran secara atas talian melalui platform DBKL Bayar atau Pay@KL atau JomPAY.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved