DBKL sita barangan peniaga di Sri Petaling, netizen puji tindakan tegas

LocalPolitics
20 Nov 2024 • 9:58 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Walaupun penguatkuasaan sering dijalankan untuk memberi peringatan kepada peniaga agar tidak menggunakan ruang awam untuk perniagaan, masih ada segelintir yang berterusan melanggar peraturan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini mengambil tindakan tegas dengan menyita barangan perniagaan milik dua penjaja yang menggunakan tempat awam di sekitar Sri Petaling. Antara barangan yang disita termasuk kerusi, meja, payung, khemah, dan gas memasak.

@jpkdbklofficial

#DBKL : TINDAKAN KHAS PINDAH HALANGAN PERALATAN / BARANGAN PERNIAGAAN DI KAWASAN AWAM OLEH JABATAN PENGUATKUASAAN & PEJABAT CAWANGAN SEPUTEH DBKL. ️ 19 NOVEMBER 2024 SRI PETALING, KUALA LUMPUR. #TindakanKhas #PindahHalanganKEJA #PenguatkuasaDBKL #JabatanPenguatkuasaan #DewanBandarayaKualaLumpur #TegasSetia #PejabatCawanganSeputeh

♬ A Lion’s Patience – ALEKSANDAR KIPROV

Dalam kenyataan di Facebook, DBKL memaklumkan operasi khas itu melibatkan Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal serta Pejabat Cawangan Seputeh.

Tindakan tersebut diambil selaras dengan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 bagi memastikan peraturan dipatuhi.

Tindakan DBKL ini mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen. Ramai memuji langkah tegas tersebut dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada peniaga lain agar lebih bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan ruang awam demi kepentingan peribadi.

‘Teruskan cuci KL’

image is not available

‘Khemah-khemah biru tu dah ada semula’

image is not available

‘Semua bangsa kena’

image is not available

Orang awam yang ingin membuat aduan atau menyalurkan maklumat boleh berbuat demikian melalui pautan https://adukl.dbkl.gov.my. Gambar berkaitan operasi ini akan dikongsi dalam laporan penuh.