“Deal Dengan Penagih Ni Tak Mudah, High Sentiasa” – Isteri Along Cham Bersuara

EntertainmentLifestyle
2 Jul 2025 • 11:09 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia along Cham 6

Nama isteri kepada Along Cham, Afreena Suhaimi kembali hangat diperkatakan selepas memuat naik beberapa perkongsian di Instagram Story.

Hantaran itu dipercayai menjawab pendedahan Along Cham mengenai tiga lafaz taklik yang dibuatnya Afreena.

Menerusi posting tersebut, Feena tampil meluahkan rasa kesal dengan sikap Along yang memanggilnya dengan pelbagai gelaran buruk.

“Dealing with a drug addict ain’t easy”

image is not available

Dalam perkongsian awal, Feena menyindir individu berkenaan yang suka membuat tuduhan dan mendakwa dirinya sebagai pihak yang bersalah dalam rumah tangga.

You je terpaling betul. I curang la, i itu la i ini la.

Lebih mengejutkan, Feena turut mendakwa dirinya berdepan dengan individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Ahh oh yea i forgot, dealing with a DRUG ADDICT ain’t easy, too delusional.

Dia juga memberi gelaran ‘pot head’ kepada individu tersebut dan menyifatkan orang itu sebagai sentiasa ‘high’ dan suka bercakap tanpa henti.

Macam sky has no limit gitu. High all the time ayyy.

“Salah ke kongsi lokasi anak kepada ibu kandung?”

image is not available

Selepas itu, Feena turut menjawab satu soalan daripada pengikutnya yang mempersoalkan adakah salah untuk ibu tiri berkongsi lokasi anak tiri kepada ibu kandungnya.

Feena dengan tenang menjelaskan bahawa niatnya bukan untuk memisahkan anak tersebut dengan bapanya, malah ibunya sendiri pernah beritahu yang dia tak mahu berebut hak penjagaan kerana tak mahu anak itu tertekan.

Saya pun tanya soalan yang sama, salah ke? Si ibu yang dah 8 tahun tak berjumpa dengan anaknya. Mesti la ibu tu rindu dengan anaknya?

Feena juga menjelaskan bahawa isu lafaz taklik yang dibangkitkan sebelum ini bukan datang daripada dirinya.

Sebelum ni korang tertanya kan Taklik tu apa? Ha ni la diaa. And this came out from his mouth, NOT ME!

Beliau menegaskan bahawa tuduhan mengatakan dia tak mahu jaga anak tiri adalah tidak benar sama sekali.

Pssttt! Nampaknya Afeena dah hilang sabar. Semoga kes penceraian mereka ini selesai cara baik.

Kredit: Instagram Feena Suhaimi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.