Debaran SPM Sudah Bermula, Bukan Hanya Calon, Ibu Bapa Turut Berdebar-Debar

20 Feb 2023 • 6:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang pelajar memasuki dewan peperiksaan bagi menduduki SPM yang bermula hari ini di SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. - Gambar oleh Syeda Imran

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah bermula hari ini dengan seramai 403,637 calon menduduki peperiksaan berkenaan di 3,355 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Debaran bukan sahaja dirasakan oleh pelajar, malah ibu bapa juga berdebar-debar saat anak-anak melangkah masuk ke dalam dewan.

Ketika itu, hanya doa mengiringi anak-anak dengan harapan mereka akan beroleh kejayaan cemerlang.

Peperiksaan SPM ini akan berlangsung mulai 20 Februari hingga 15 Mac. 

Jurufoto Getaran, Syeda Imran mengadakan tinjauan peperiksaan berkenaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.

image is not available
Beberapa pelajar mengulang kaji saat akhir sebelum memasuki dewan peperiksaan pagi ini.

image is not available
Seorang pelajar menarik nafas lega selepas berakhirnya kertas pertama, peperiksaan SPM hari ini.

image is not available
Suasana sebelum memasuki dewan peperiksaan di SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.

image is not available
Seorang guru di SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi berbual dengan salah seorang pelajar sebelum memasuki dewan peperiksaan.

image is not available
Seorang guru memberikan semangat kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM hari ini.

image is not available
Beberapa pelajar berbincang sesama mereka sebelum menduduki peperiksaan.