Debat Maszlee-Onn Hafiz: “Kalau perlu, saya sedia menyediakan pentas di RTM” -Fahmi

LocalPolitics
2 Jul 2026 • 10:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia menjadi platform bagi mengadakan sesi dialog melibatkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Sediakan platform untuk berdebat

Memetik laporan daripada Astro Awani, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan tawaran itu dibuat bagi memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin menjelaskan hala tuju Johor kepada rakyat secara terbuka.

“Kalau perlu, saya sedia menyediakan pentas di RTM TV1 untuk Dr. Maszlee dan Datuk Onn Hafiz berdebat ataupun kalau tidak mahu berdebat, kita boleh berdialog.
“Kita namakan sesi itu sebagai Dialog Halatuju Negeri Johor. RTM TV1 bersedia menyediakan platform, kita boleh tetapkan pada jam 9 malam dan memilih mana-mana tarikh yang sesuai, sama ada di Johor Bahru atau lokasi lain,” katanya.

Image from: Debat Maszlee-Onn Hafiz: “Kalau perlu, saya sedia menyediakan pentas di RTM” -Fahmi

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Majlis Makan Malam Amal yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan.

Percaya MB Johor berani untuk berdebat

Dalam pada itu, Fahmi turut mendakwa alasan yang diberikan berhubung keengganan Onn Hafiz menyertai debat sebelum ini merupakan cubaan untuk mempertahankan Menteri Besar Johor itu.

Menurutnya, sebagai pemimpin negeri, Onn Hafiz seharusnya bersedia berdepan dengan pelbagai pandangan termasuk daripada pihak yang mempunyai pendirian berbeza.

Saya percaya Datuk Onn Hafiz akan memberanikan diri untuk hadir berdialog dengan Dr. Maszlee. Ini bukan soal berdebat semata-mata, tetapi memberi peluang kepada rakyat mendengar sendiri pandangan kedua-dua pemimpin mengenai hala tuju Johor,” katanya.

Image from: Debat Maszlee-Onn Hafiz: “Kalau perlu, saya sedia menyediakan pentas di RTM” -Fahmi

Sebelum ini, bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata Pakatan Harapan perlu menamakan terlebih dahulu calon Menteri Besar Johor sekiranya benar-benar mahu mengadakan debat dengan Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Menurut Khairy, debat hanya wajar diadakan antara dua individu yang berada pada kedudukan setara sebagai calon Menteri Besar dan bukannya melibatkan pemimpin yang belum disahkan sebagai calon rasmi.

Beliau turut berpandangan serangan berterusan PH terhadap Onn Hafiz menunjukkan Menteri Besar Johor itu dilihat sebagai ancaman politik dan aset terbesar Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor.

Sumber: Astro Awani (Yasmin Natasha)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved