PRN Johor: PH terbuka jalin kerjasama bentuk kerajaan negeri demi rakyat - Maszlee

LocalPolitics
2 Jul 2026 • 6:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Johor: PH terbuka jalin kerjasama bentuk kerajaan negeri demi rakyat - Maszlee
Maszlee menyantuni pengundi semasa walkabout di Setia Indah, pada Khamis.

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, sekiranya langkah itu mampu menjamin kestabilan pentadbiran serta memberi manfaat kepada rakyat.

Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor, Dr Maszlee Malik berkata, PH tidak menutup ruang untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk parti yang berbeza haluan politik, asalkan kepentingan rakyat menjadi keutamaan.

"Bagi saya, sebagai pihak yang berkhidmat kepada rakyat, kita terbuka untuk duduk dengan semua pihak, termasuk yang mungkin berlainan haluan dengan kita.

"Sebab kita meraikan kepelbagaian. Yang penting, kita meletakkan keutamaan kepada rakyat dan juga kepada negeri Johor itu sendiri," katanya selepas mengadakan walkabout di Setia Indah di sini pada Khamis.

Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Seri Dr Sahruddin Jamal menegaskan gabungan itu tetap tidak akan bekerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan negeri selepas PRN.

Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor itu dilaporkan berkata, gabungan itu terbuka bergabung dengan parti mempunyai ideologi sehaluan.

PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

Dalam perkembangan kempen, Maszlee yang juga calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa itu berkata, jenteranya mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk dari pelbagai latar belakang dan peringkat usia.

"Dalam menuju minggu terakhir ini, kita akan merayu kepada mereka yang bekerja di luar, duduk di luar, untuk balik pulang mengundi," ujarnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved