Fuziah tegaskan isu bakar bendera, koyak poster tak jejaskan kempen PH

LocalPolitics
2 Jul 2026 • 2:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terus berjalan dengan lancar walaupun berdepan dengan beberapa insiden kecil yang didakwa sebagai cubaan sabotaj.

Tak jejaskan kempen

Image from: Fuziah tegaskan isu bakar bendera, koyak poster tak jejaskan kempen PH

Setiausaha Agung PKR Datuk Fuziah Salleh berkata, antara insiden terbabit termasuklah menurun dan merosakkan poster serta membakar bendera parti, namun ia tidak memberi kesan terhadap momentum keseluruhan kempen PH yang sedang berjalan.

“Memang ada sedikit-sedikit insiden seperti poster koyak, billboard rosak dan bendera dibakar, tetapi secara keseluruhannya kempen kita (pada PRN Johor) masih tenang dan momentum (kempen PH) tidak terjejas,” katanya di Johor Bahru, hari ini.

Fuziah yang juga merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata intensiti kempen PH terus diperhebatkan dengan setiap calon parti itu mempunyai jadual kempen yang padat bermula selepas Subuh melangkaui sehingga ke tengah malam, menghadiri sehingga 10 program setiap hari.

Maklum balas daripada pengundi terhadap calon PH khususnya golongan muda dan pengundi kali pertama amat positif serta menunjukkan peningkatan sokongan, katanya.

Image from: Fuziah tegaskan isu bakar bendera, koyak poster tak jejaskan kempen PH

Mengenai calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai dan Perling yang mengumumkan apa yang didakwa mereka sebagai manifesto lebih awal, beliau menjelaskan ia bukan manifesto rasmi parti sebaliknya hanya komitmen atau tekad calon terhadap kawasan masing-masing.

Artikel lain: Rosakkan bahan kempen PH? BN nafi tuduhan tak berasas – “Jangan cipta persepsi buruk”

Beliau berkata isu seperti penyelesaian masalah setempat termasuk kutipan sampah tidak boleh dianggap sebagai manifesto kerana ia bukan dasar menyeluruh kerajaan negeri.

“Bila kita bercakap pasal manifesto, kita bercakap tentang dasar besar yang boleh dan akan dilaksanakan apabila PH menjadi kerajaan negeri. Apa yang disebut oleh calon itu hanyalah tekad untuk membantu kawasan masing-masing.
“Itu bukan manifesto, itu lebih kepada usaha atau tekad calon untuk membantu kawasan mereka sahaja, bukan dasar besar kerajaan negeri,” jelasnya.

Untuk info, manifesto PH untuk PRN Johor dijangka diumumkan esok. Sebanyak 172 calon bertanding dalam PRN Johor yang berlangsung pada 11 Julai, manakala pengundian awal pada 7 Julai.

Sumber: malaysiakini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved