Debat Polisi calon Parlimen Muar dibatalkan

Politics
14 Nov 2022 • 9:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Helmy, Syed Saddiq, Abdullah

MUAR - Program Debat Polisi antara tiga calon yang bertanding di kerusi Parlimen Muar yang dijadualkan berlangsung malam ini, dibatalkan selepas menilai aspek keselamatan dan kesejahteraan awam serta atas saranan pihak berwajib.

Pengarah Jelajah Demokrasi, Ashraff Fahmy pada masa sama berkata, setakat petang tadi, pihaknya selaku penganjur majlis hanya mendapat persetujuan daripada calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk hadir.

Bagaimanapun beliau berkata, calon Perikatan Nasional (PN), Abdullah Husin telah memaklumkan ketidakhadiran beliau, manakala calon BN, Mohd Helmy Abd Latif tidak memberikan sebarang jawapan.

Ashraff berkata, Sekretariat Jelajah Demokrasi telah menghantar surat jemputan kepada tiga calon berkenaan semalam, untuk hadir ke program yang akan diadakan di Hotel Classic di sini jam 8.30 malam ini.

"Pihak kami sentiasa komited untuk melaksanakan program-program agar dapat meningkatkan literasi politik dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga memupuk semangat demokrasi yang sihat,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.

Parlimen Muar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang Parlimen Muar Syed Saddiq; calon BN, Mohd Helmy dan calon PN, Abdullah Husin.

Pada PRU14, Syed Saddiq yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menewaskan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan Abdul Aziz Talib (Pas) dengan majoriti 6,953 undi. - Bernama



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved