Dedah Jarir tahnik hari ketujuh, perkongsian Amira Othman raih perhatian Siti Nurhaliza -'Fasa berpantang paling Kak Iti suka!' 

Family & Parenting
16 Jul 2026 • 4:12 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Dedah Jarir tahnik hari ketujuh, perkongsian Amira Othman raih perhatian Siti Nurhaliza -'Fasa berpantang paling Kak Iti suka!' 

BAHARU melalui fasa sebagai seorang ibu, penyanyi Amira Othman berkongsi perkembangan dirinya dan si kecil Muhammad Jarir Umar.

Dalam satu hantaran di Instagram, pelantun lagu Dalam Sujudku itu memuat naik momen dan rutin dirinya sejak bersalin kira-kira sebulan lalu.

Melalui perkongsian itu, Amira meluahkan rasa syukur urusan bayinya berjalan lancar termasuklah urusan tahnik yang dilakukan pada hari ketujuh kelahiran.

Menerusi foto yang dikongsikan, Jarir telah ditahnik oleh Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Ustaz Sheikh Abdul Karim Umar Al Makki.

"Rutin sepanjang berpantang.

"Jarir sudah tahnik pada hari ketujuh. Moga anak mommy jadi anak soleh.

"Jarir jadi orang baik okay? Jadi orang baik ALLAH sayang, orang lain pun sayang. Yang baik-baik untuk Muhammad Jarir Umar. Amin," kongsinya.

Bukan itu sahaja, hantaran berkenaan turut menarik perhatian warganet apabila dia memaparkan botol susu yang penuh dengan susu ibu.

Image from: Dedah Jarir tahnik hari ketujuh, perkongsian Amira Othman raih perhatian Siti Nurhaliza -'Fasa berpantang paling Kak Iti suka!' 

"Rezeki anak mami," titipnya.

Menyifatkannya sebagai kurniaan buat Jarir, limpahan rezeki itu membuatkan ramai kagum, apatah lagi dia sempat berseloroh mengenai sosok si kecil yang makin berisi.

"Masya-ALLAH tabarakallah tengoklah leher dan dagu anak mommy tu. Berlapis-lapis. Sakan susunya pun," kongsi Amira.

Dalam satu foto lain, kakak kepada penyanyi Irfan Haris itu turut berkongsi cabaran dalam menyusukan Jarir.

"Walaupun mami jadi zombie, tak tidur, sakit pinggang, sakit kepala. Tapi untuk anak mami, mami usaha yang termampu dan terdaya. Juga yang ALLAH izinkan." titip Amira.

Dalam pada itu, Amira juga memuji dan berterima kasih kepada suaminya, Fattah yang sentiasa membantu sepanjang tempoh selepas bersalin ini.

Image from: Dedah Jarir tahnik hari ketujuh, perkongsian Amira Othman raih perhatian Siti Nurhaliza -'Fasa berpantang paling Kak Iti suka!' 

"Terima kasih suami saya. Selalu tolong memudahkan isteri awak berpantang. Semoga ALLAH balas jasa baik suami-suami kita semua yang sama-sama memudahkan urusan isteri," tulisnya.

Selain itu, Amira juga berkongsi menu-menu seimbang dan lengkap yang dinikmati olehnya yang disediakan oleh perawat pantang.

Image from: Dedah Jarir tahnik hari ketujuh, perkongsian Amira Othman raih perhatian Siti Nurhaliza -'Fasa berpantang paling Kak Iti suka!' 

Image from: Dedah Jarir tahnik hari ketujuh, perkongsian Amira Othman raih perhatian Siti Nurhaliza -'Fasa berpantang paling Kak Iti suka!' 

Rakan selebriti dan peminat rata-rata mendoakan Jarir membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Tidak kurang juga yang tertarik dengan limpahan susu ibu dan kelazatan sajian berpantang Amira.

"Masya-ALLAH, semoga menjadi anak soleh bila besar nanti." - Bella Astillah.

"Fasa berpantang adalah momen yang paling Kak Iti suka! Selamat berpantang dik!" - Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Anak soleh mami dan daddy ni." - Warganet.

"Masya-ALLAH meriahnya susu mommy. Tahniah mummy, saya kagum dengan usaha keras awak. Tak sabar nak tengok Jarir." - Warganet.

Image from: Dedah Jarir tahnik hari ketujuh, perkongsian Amira Othman raih perhatian Siti Nurhaliza -'Fasa berpantang paling Kak Iti suka!' 

"Masya-ALLAH, moga Jarir Umar membesar menjadi anak yang soleh dan bertaqwa." - Warganet.

"Alah comelnya leher Jarir tu berketul-ketul. Semoga menjadi anak yang soleh." - Warganet.

"Dari rakan sekerja, kemudian rakan serumah, dan sekarang dah ada Jarir Umar. Masya-ALLAH tabarakallah, semoga Jarir Umar jadi anak soleh yang menyejukkan hati mommy dan daddy." - Warganet.

"Alolo Jarir kuat minum susu ya." - Warganet.

Amira telah selamat bersalin pada 6.20 petang 23 Jun lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Untuk rekod, pasangan popular ini diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang, Selangor.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved