'Jarir nama sahabat nabi' - Irfan Haris kongsi Amira Othman dapat ilham nama anak dari kelas agama

Family & Parenting
24 Jun 2026 • 4:01 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Jarir nama sahabat nabi' - Irfan Haris kongsi Amira Othman dapat ilham nama anak dari kelas agama

PENYANYI Irfan Haris bersyukur kakaknya, Amira Othman selamat melahirkan anak sulung yang diberi nama Muhammad Jarir Umar.

Menerusi Threads, penyanyi itu sempat menggambarkan rupa anak saudaranya yang comel.

"Masya-ALLAH handsome betul anak buah saya ni Muhammad Jarir Umar," titipnya.

Dalam temu bual bersama Era FM, Irfan mendedahkan nama yang diberikan adalah  pilihan bersama Amira dan abang iparnya, Fattah Amin.

Image from: 'Jarir nama sahabat nabi' - Irfan Haris kongsi Amira Othman dapat ilham nama anak dari kelas agama

"Kakak sekarang di hospital, sedang dalam proses penyembuhan selepas selamat melahirkan anaknya petang semalam.

"Alhamdulillah, atas doa orang ramai juga. Doakan kakak saya cepat sembuh dan baby sihat-sihat sahaja," kongsinya.

Bukan bermula dengan pangkal huruf N atau F seperti dijangkakan warganet, jelas Irfan lagi, Amira mendapat inspirasi nama Jarir untuk cahaya matanya selepas menghadiri satu kelas agama. 

"Nama Jarir ini adalah nama sahabat nabi dulu. Kakak saya mendapat inspirasi daripada nama itulah.

"Saya rasa (mereka) sama-sama (pilih nama). Tapi kakak saya dapat inspirasi daripada kelas agama dia.

Image from: 'Jarir nama sahabat nabi' - Irfan Haris kongsi Amira Othman dapat ilham nama anak dari kelas agama

"Dia cerita kepada sayalah, Jarir ini sebenarnya nama sahabat Nabi dulu. Jadi, dia ambil inspirasi daripada itu.

"Saya dan keluarga panggil Jarir sahaja," kongsinya.

Dalam pada itu, Irfan mengakui sangat gembira melihat perjalanan hidup kakak bersama abang iparnya yang kini diserikan dengan kehadiran zuriat.

"Alhamdulillah, tahun lepas berkahwin, kini syukur mereka dikurniakan rezeki cahaya mata.

"Saya sebagai adik, mendoakan yang baik-baik. Moga Jarir menjadi anak yang soleh dan baik untuk ibu bapanya, insya-ALLAH," ungkap Irfan lagi.

Sekadar info, Amira selamat bersalin pada 6.20 petang Selasa di sebuah hospital di ibu negara.

Untuk rekod, pasangan popular itu diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang, Selangor.

Sumber: Instagram

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved