Penyanyi dan pengacara popular, Amira Othman kini sedang menikmati fasa baharu sebagai seorang ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata pertamanya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Amira memuat naik beberapa momen sepanjang tempoh berpantang dengan kapsyen ringkas, “Bits and pieces of confinement”.
View this post on Instagram
Hantaran tersebut memperlihatkan pelbagai detik manis dalam menguruskan bayi mereka, Jarir Umar, selain ragam kehidupan seharian Amira sepanjang melalui proses pemulihan selepas bersalin.
Perkongsian itu turut mencuri perhatian ramai pengikut dan rakan selebriti yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa buat keluarga kecil berkenaan.
Rata-rata peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘auntie online’ memuji kegigihan Amira menjalani fasa penyusuan dan berpantang, selain mendoakan agar segala urusannya membesarkan Jarir Umar dipermudahkan.
Dalam masa sama, ramai turut mengakui tidak sabar untuk melihat wajah penuh bayi tersebut secara rasmi.
Momen keluarga itu turut menjadi lebih manis apabila suami Amira dilihat ringan tulang membantu menguruskan anak mereka sepanjang tempoh berpantang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Jadi 'Rider' Penghantar Makanan Suka-Suka, Bila Bosan" - Suami Shila Amzah Nafi Terdesak, Dapat Hilangkan Tekanan Hidup
The post Amira Othman Kongsi Momen Berpantang, Peminat Tak Sabar Lihat Wajah Baby Jarir Umar – “Tengok Dagu Pun Dah Tahu Comel” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






