Deepavali: Rumah keluarga Mek Kelate Mek Manis ‘diserbu’

8 Nov 2026 • 4:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Deepavali: Rumah keluarga Mek Kelate Mek Manis ‘diserbu’

KOTA BHARU – Kunjungan pelbagai kaum termasuk rakan-rakan beragama Islam memeriahkan perayaan Deepavali di rumah seorang pempengaruh media sosial di Kampung Lundang sini hari ini.

G. Thanaletchumi, 48, atau terkenal dengan gelaran Mek Kelate Mek Manis berkata, perayaan tahun ini sangat meriah dengan pelbagai makanan tradisi disediakan selain untuk rakan-rakan beragama Islam.

Menurutnya, ramai jiran dan rakan-rakan mula datang untuk menjamu selera nasi kuning berlaukkan kambing dan rendang ala India bermula pukul 1 tengah hari.

“Saya rasa perayaan Deepavali tahun ini sangat meriah kerana tahun lepas kita hanya menyambut sederhana kerana kebetulan ibu mentua saya meninggal dunia. Setiap tahun saya sekeluarga menyambut perayaan ini di rumah ibu mentua di Kampung Lundang sini bersama kakak dan abang ipar.

“Saya rasa terharu kerana ramai jiran termasuk Melayu, Cina dan Siam yang datang membantu mengemas rumah selain membuat persiapan untuk memasak,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Deepavali: Rumah keluarga Mek Kelate Mek Manis ‘diserbu’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved