Kuil pinggir batu kapur tumpuan sambut Deepavali

8 Nov 2026 • 12:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kuil pinggir batu kapur tumpuan sambut Deepavali

GUA MUSANG – Kuil Sri Subramanyaswany di pinggir gua batu kapur di sini menjadi tumpuan penganut Hindu dari pelbagai negara termasuk warga asing yang bekerja di sektor perladangan untuk meraikan sambutan Hari Deepavali hari ini.

Kehadiran lebih 100 komuniti India dan penganut dari luar negeri serta negara memeriahkan suasana di rumah ibadat itu apabila mereka mula hadir seawal pagi bagi menunaikan upacara keagamaan.

Seorang pengunjung, K. Ramakrishnan, 71, berkata, sambutan tahun ini meriah dengan kehadiran penganut bukan sahaja dari Gua Musang, malah warga asing dari Nepal, India dan Bangladesh.

“Pengunjung yang datang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk warga asing yang bekerja di ladang sekitar daerah ini.

“Kuil yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu ini menjadi tumpuan masyarakat Hindu untuk menunaikan sembahyang dan memohon keberkatan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pengunjung, P. Jegan, 37, berkata, dia bersama ibu dan isteri serta dua anaknya pulang dua hari lebih awal dari Kajang, Selangor bagi meneruskan tradisi keluarga menyambut Deepavali di kuil berkenaan.

Katanya, Hari Deepavali menjadi peluang untuk berkumpul dan mengeratkan silaturahim bersama keluarga serta kenalan selepas sibuk dengan urusan pekerjaan masing-masing sepanjang tahun.

“Tahun ini kami menyediakan dua persalinan pakaian untuk persiapan perayaan. Pada keesokkan hari saya akan beraya di Kota Bharu bersama keluarga sebelah isteri pula. Kami berharap perayaan ini membawa kebahagiaan dalam kehidupan semua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Kuil pinggir batu kapur tumpuan sambut Deepavali appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved