
DeepSeek mengumumkan bahawa potongan harga 75% untuk menggunakan model kecerdasan buatan (AI) V4‑Pro kini akan dikekalkan. Sebelum ini DeepSeek mengatakan potongan harga hanya akan diberikan sehingga 31 Mei bagi membolehkan pengguna mencuba model V4 yang terkini mereka yang dilancarkan pada penghujung April.

Kos API kini antara 0.025–6 Yuan/1 juta token (RM 0.015 – 3.45 ), turun daripada 0.1 – 24 Yuan (~RM 0.58 – 14) sebelum ini. Pelanggan merungut kerana DeepSeek mengenakan langganan V4‑Pro sehingga 12 kali lebih mahal daripada versi Flash kerana kekangan kapasiti pengkomputeran berprestasi tinggi. DeepSeek tidak menyatakan sama ada potongan harga kekal ini berpunca daripada peningkatan bekalan cip Huawei Ascend 950 yang digunakan untuk mengoptimumkan prestasi V4-Pro. Mereka sebelum ini mengesahkan model keluarga DeepSeek V4 dioptimasikan untuk menggunakan cip AI keluaran Huawei.
Jualan cip AI Huawei meningkat kerana sekatan AS menghalang NVIDIA daripada menjual cip dengan kemampuan tertinggi mereka di China. Kerajaan China pula menggesa syarikat tempatan untuk menggunakan cip keluaran tempatan dengan memberikan potongan harga untuk penggunaan bekalan kuasa. Akibat minggu lalu, CEO NVIDIA Jensen Huang mengaku syarikat beliau telah menyerahkan keseluruhan pasaran cip AI kepada Huawei sehingga pegangan pasaran China mereka kini sifar.





