
DeepSeek hari ini mengumumkan mereka kini bekerjasama dengan Huawei, dan sedang bangunkan platform dan sokongan pembangunan yang dioptimasikan untuk cip Huawei Ascend, sekaligus membolehkan mereka membangunkan ekosistem alternatif kepada NVIDIA, dan tidak bergantung kepada perisian dan platform yang terikat dengan cip NVIDIA.
DeepSeek akan bangunkan infrastruktur dan platform berkenaan, sekaligus akan menawarkan penawaran mereka dalam bentuk sumber terbuka yang dioptimasikan untuk platform Huawei Ascend. Ia akan menyertakan sejumlah pustaka untuk pembangunan, termasuk melibatkan perkomputeran dan komunikasi.
DeepSeek mengatakan pembangunan TileLang menyasarkan untuk penawaran bahasa pengaturcaraan yang universal dan mudah untuk diprogram, sekaligus menjadikan ia sebuah model pengaturcaraan yang lebih mudah berbanding NVIDIA CUDA.
Dengan perkembangan ini juga, ia sekaligus memberikan lebih alternatif kepada pembangun, dan tidak begitu bergantung kepada penawaran barat semata-mata.




