‘Defend’ Diri Bila Ditegur Baju Terlalu Ketat, Ada Netizen Dakwa Noreen Tak Boleh Terima Teguran?

20 Jun 2022 • 4:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik oleh pelakon serta personaliti media sosial iaitu Norreen Iman yang memaparkan dirinya memakai satu dress mendapat perhatian ramai kerana didakwa terlalu menunjuk bentuk badannya.

Menjawab teguran salah seorang netizen yang menegurnya, Norreen mengakui kesilapannya serta mengucapkan terima kasih kerana memberi teguran yang membina.

Bagaimanapun, Norreen tetap meninggalkan pendapatnya mengenai perkara itu dan berkata dia berpakaian seperti itu untuk menaikkan keyakinannya serta mahu lari daripada gaya pakaian lelaki.

Dalam pada masa yang sama, pelakon itu memohon agar orang ramai tidak mengaitkan isu ini dengan suami serta anak-anaknya.

Meninjau di ruangan komen, netizen mempunyai pandangan berbeza kerana mereka berpendapat agar Norreen menerima teguran terbabit dengan hati terbuka dan berharap agar wanita itu tidak membuat hal yang sama selepas ditegur.

image is not available

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

"Harap Tak Betul.." - Minta Puteri Sarah Pertahankan Rumah Tangga, Yusof Haslam Tak Dapat Tahan Sebak