Dell Mengatakan Pengguna Tidak Peduli Dengan Ciri AI Pada PC

TechnologyOpinion
8 Jan 2026 • 9:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dua tahun kebelakangan ini berlaku penjenamaan semula PC Windows menjadi AI PC atau Copilot+ PC kerana Microsoft percaya kecerdasan buatan (AI) adalah masa depan. Setiap PC baharu dilengkapi butang khas untuk CoPilot dengan peranti perlu mempunyai cip dengan NPU untuk menggunakannya. Tetapi di CES 2026. Dell melakukan pengakuan berani pengguna sebenarnya tidak begitu peduli dengan ciri AI pada PC menurut laporan PCGamer.

image is not available

Ketua produk Dell, Kevin Terwilliger dipetik berkata “apa yang telah kami pelajari sepanjang tahun ini, terutamanya dari perspektif pengguna ialah mereka tidak membeli berdasarkan ciri AI,”. Tambah beliau lagi, “malah saya fikir AI mungkin lebih mengelirukan mereka”. Tahun ini ketika melancarkan produk di CES, Dell tidak memberikan penekanan terhadap AI sebaliknya lebih kepada rekaan, mengembalikan semula jenama XPS dan prestasi bateri yang lebih tahan lama.

Hakikatnya ialah ciri AI walaupun menarik tidak digunakan sepanjang masa oleh sebilangan besar pengguna. Penambahan ciri AI dalam pelbagai aplikasi dilihat sebagai tidak diperlukan dan dalam menambah kos langganan sehingga menimbulkan kemarahan pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved