Dell XPS 13 Dengan Diumumkan Sebagai Pesaing MacBook Neo

TechnologyDigital
1 Jun 2026 • 4:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dell XPS 13 (2026) dilancarkan hari ini dengan model paling asas ditawarkan sebagai pesaing kepada MacBook Neo. Ia dilengkapi skrin 13.4″ InfinityEdge sesentuh dengan resolusi 2.5, dijana cip Intel Core 5 atau Intel Core Ultra 7 355, memori sehingga 32GB LPDDR5x RAM, storan sehingga 1TB PCIe 4 SSD (Gen 4) dan bateri 52Whr yang menyokong pengecasan 65W.

Image from: Dell XPS 13 Dengan Diumumkan Sebagai Pesaing MacBook Neo

Terdapat kamera 2MP yang menyokong Windows Hello dan sistem audio 8W dengan Dolby Atmos. Pilihan I/O pula ialah 2x USB-C sahaja tanpa bicu audio ataupun pembaca kad. Papan kekunci mempunyai sokongan lampu untuk menaip dalam gelap.

Tubuh dibuat daripada aluminium menggunakan mesin CNC dengan ia hanya seberat kilogram dan setebal 12.7mm. Model asas dengan Intel Core 5 (8/256GB ) dijual pada harga bermula $699 (~RM 2771) sebuah.