Qualcomm Snapdragon C Dilancarkan Untuk Pesaing MacBook Neo

TechnologyDigital
29 May 2026 • 10:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Qualcomm melancarkan cip Snapdragon C dengan ia adalah pesaing kepada cip Apple A18 pro dan Intel Core Series 3. Walaupun telah dilancarkan, tiada maklumat mengenai jumlah teras CPU, apakah teras CPU, GPU dan teknologi yang digunakan untuk menghasilkan Snapdragon C.

Image from: Qualcomm Snapdragon C Dilancarkan Untuk Pesaing MacBook Neo

Qualcomm sekadar mengatakan ia menyasarkan penggunaan cip ini pada komputer riba mampu milik sekitar $300 sebuah. Ia menjanjikan bateri bertahan sepanjang hari, prestasi AI yang responsif, dan sistem beroperasi dengan sejuk serta senyap.

Ia adalah cip lebih mampu milik berbanding siri Snapdragon X. Tiga syarikat yang akan menawarkan komputer riba Snapdragon C ialah Acer, HP, dan Lenovo.

Image from: Qualcomm Snapdragon C Dilancarkan Untuk Pesaing MacBook Neo
Acer Aspire Go 15

Komputer riba pertama dengan Snapdragon C ialah Acer Aspire Go 15 dengan skrin 15.6″ 1080p, memori sehingga 8GB of RAM, storan sehingga 512GB, Wi-Fi 6e, dilengkapi dua port USB-C dan satu HDMI. Ia akan dijual pada harga $599 sebuah.