“Demi Allah, Itu Memang Suara Saya” – Badrol Pertahan Video Golf Bersama Watie Hanifiah, Nafi Suara Lelaki Didakwa Milik Shuib

LocalEntertainment
12 Oct 2026 • 10:52 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Rumusan Artikel

  • Badrol Hanapi tampil menjelaskan video lama Watie Hanifiah yang kembali tular dan mencetuskan spekulasi netizen.

  • Badrol menegaskan suara lelaki dalam video itu ialah suaranya, bukannya Shuib seperti yang didakwa segelintir netizen.

    Advertisement
  • Badrol menjelaskan dia pernah bermain golf bersama Watie dan isterinya sebelum mengenali Shuib secara peribadi.

  • Badrol meminta netizen menghentikan spekulasi serta menghormati rumah tangga Shuib dan Watie, sambil mengingatkan orang ramai supaya tidak sibuk membuka aib orang lain.

  •  

    Nama Badrol Hanapi menjadi perhatian selepas dia tampil memberikan penjelasan berhubung video lama Watie Hanifiah yang kembali tular di media sosial, sekali gus mencetuskan dakwaan kononnya isteri kepada pelawak Shuib itu sudah mengenalinya sejak Allahyarhamah Siti Sarah masih hidup.

     

    View on Threads

     

    Dakwa Sudah Lama Kenali Watie, Isteri Turut Hadir Ketika Bermain Golf

    Menerusi perkongsian di Threads, Badrol menjelaskan bahawa suara lelaki yang kedengaran dalam video berkenaan adalah miliknya dan bukannya Shuib seperti yang didakwa segelintir netizen. Menurutnya, dia sememangnya sudah mengenali Watie sejak dahulu dan hubungan mereka ketika itu turut melibatkan isterinya sendiri.

    “Watie dari dulu baik dengan saya dan isteri. Kami pernah bermain golf bersama, santai-santai, malah isteri saya sendiri ada ketika itu,” tulisnya.

     

    View on Threads

     

    Badrol turut menjelaskan bahawa ketika mereka bermain golf bersama, dia sendiri belum mengenali Shuib secara peribadi. Dia juga meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pihak yang didakwa menambah cerita sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

    Badrol Hanapi Minta Netizen Hormati Rumah Tangga Shuib Dan Watie

    Dalam masa sama, Badrol meminta orang ramai supaya tidak terlalu mudah menghukum kehidupan seseorang berdasarkan satu perkara, apatah lagi apabila ia melibatkan rumah tangga orang lain.

    “Jangan kerana satu perkara, kita rasa berhak menghukum seluruh kehidupan orang lain. Tuan-tuan dan puan-puan, mereka sudah berkahwin. Hormatilah rumah tangga mereka,” katanya.

    Mengakhiri perkongsian tersebut, Badrol turut mengingatkan netizen agar lebih berhati-hati ketika berbicara dan tidak terlalu sibuk membuka aib orang lain sehingga terlupa akan kesalahan sendiri.

    “Tak perlu jadi manusia yang paling tahu cerita orang, cukuplah jadi manusia yang takut akan dosa sendiri,” ujarnya.

    Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

    Image from: “Demi Allah, Itu Memang Suara Saya” – Badrol Pertahan Video Golf Bersama Watie Hanifiah, Nafi Suara Lelaki Didakwa Milik Shuib2026-10-11 08:40:46

    Watie Tampil Beri Penjelasan, Nafi Dakwaan Jalinkan Hubungan Dengan Shuib Sebelum Pemergian Siti Sarah

    The post “Demi Allah, Itu Memang Suara Saya” – Badrol Pertahan Video Golf Bersama Watie Hanifiah, Nafi Suara Lelaki Didakwa Milik Shuib first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved