“Demi Allah”- Rebecca Nur Al Islam Nafi Pinjam Duit RM1.5 Juta Dari Bonda Rozita Ibrahim

Entertainment
21 Apr 2025 • 2:44 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila pelakon, Rebecca Nur Al Islam tampil dalam satu video menyelar usahawan, Datin Seri Shahida dalam satu video selepas dia didakwa mencari publisiti.

Mereka kemudiannya saling berbalah dan membalas respon tanpa menyebut nama mana-mana individu.

Suami kepada Shahida iaitu usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri kemudiannya tampil meminta agar wartawan dan blogger membantunya untuk menghentikan isu yang sedang tular di media sosial tersebut dan menyifatkan dia begitu menyanyangi keluarganya.

Rebecca dalam masa sama turut memaklumkan telah memadam segala hantaran berhubung isu tersebut atas nasihat abang sulungnya yang juga suami kepada ibu Aliff, Bonda Rozita Ibrahim.

Rebecca nafi dakwaan pinjam RM1.5 juta dari Bonda Rozita Ibrahim

Terbaharu, Rebecca mendakwa dirinya telah difitnah meminjam wang berjumlah RM1.5 juta daripada kakak iparnya yang juga usahawan, Bonda Rozita Ibrahim.

Malah pelakon itu turut bersumpah di atas nama ibu bapanya kerana tidak pernah meminjam sejumlah wang daripada usahawan terbabit.

Akui silap kerana buat video balas

Rebecca turut mengakui kesilapannya berhubung video yang dibuat sebelum ini untuk menyelar dakwaan yang mengatakan dia mencari publisiti.

“Assalammualaikum, hati-hati dengan fitnah dunia. Saya sumpah demi nama Allahyarham ayah saya dan demi nama ibu saya, saya tak bernah berhutang atau pinjam atau tahu menahu mengenai RM1.5 juta yang diperkatakan. Demi Allah dan Rasulullah saya bersumpah!

“Silap saya hanya hari tu apabila saya di trigger (diasak) dengan video dari pihak sana. Lalu saya saya melakukan video balas dengan menjawab balik point-point yang mengatakan saya mencari publisiti murahan.

“Dan saya tahu saya salah sebab memarahi pihak sana dengan kata-kata yang saya gunakan.

“Tapi saya terkejut, saya pula difitnah pihak sana dengan #1.5 juta semasa mereka membuat live. Yang ini mungkin pada mereka sekadar konten, tapi tak kelakar ya melibatkan perkara sebegini.

“Kerana satu Malaysia pula ingat saya dapat RM1.5 juta dari kakak ipar saya iaitu Puan Bonda Rozita Ibrahim. Demi nama Allah dan Rasulullah saya tidak pernah dapat sesen pun duit apa-apa dan perkara ini perlu saya tegaskan di sini demi menjaga nama saya dan keluarga saya,” katanya dalam beberapa hantaran di Thread.

image is not available

Sifatkan RM1.5 juta sebagai konten geram untuk malukan dirinya

Jelas Rebecca, dia telah bertanya mengenai perkara itu kepada abang sulungnya untuk memberitahu kepada Rozita. Katanya isteri kepada abangnya itu juga sudah berjanji untuk membersihkan namanya dan keluarga dari fitnah berkenaan.

Aktres itu turut menyifatkan dia percaya Bonda Rozita dapat menyelesaikan perkara tersebut.

“Saya sudah bertanya akan perkara ini kepada abang long saya dan dia memberitahu isterinya, dan isterinya berjanji akan bersihkan nama saya serta keluarga saya mengenai ‘fitnah konten’ dari pihak isterinya.

“Pada saya benda ini bukan main-main, ini adalah fitnah besar yang saya serta keluarga kena. Demi nama Allah #1.5 juta yang anda semua fikir dan sedang perbualkan itu hanya sekadar konten geram dari pihak sana untuk malukan saya ketika isu sedang panas.

“Saya percaya, Insya-Allah kakak ipar saya dapat selesaikan nama baik saya dan keluarga.”

image is not available