Rebecca Nur Al-Islam Sangkal Dakwaan Berhutang Dengan Kakak Ipar RM1.5 Juta

Entertainment
21 Apr 2025 • 1:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam tampil menepis dakwaan fitnah yang mengatakan dirinya ada berhutang wang sebanyak RM 1.5 juta daripada kakak iparnya iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang kini sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Tegasnya, dia tidak tahu menahu tentang hal tersebut dan terkejut dengan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Jelasnya menerusi Thread, Rebecca akui bahawa silapnya apabila dia bertindak membuat video respon dakwaan yang mengatakan dirinya mencari publisiti murahan dan meluahkan rasa marah dengan kata-kata tidak sepatutnya.

Namun begitu, dia terkejut apabila timbul satu fitnah yang mengatakan dia berhutang sebanyak RM 1.5 Juta daripada kakak iparnya itu.

image is not available image is not available

Tambahnya, perkara ini bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main kerana ia melibatkan reputasi dirinya. Jelas Rebecca lagi, dia telah berhubung dengan abang sulungnya untuk membersihkan nama dalam isu ini.

image is not available

Difahamkan, perang dingin ini mula berlaku akibat terjadinya pertelagahan di antara pihak keluarga Bonda Rozita dan keluarga di sebelah suaminya.

Sumber : Thread

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.