Anak Bonda Rozita Dakwa Rebecca Nur Al-Islam Minta Padam Hantaran - “Biar Orang Tahu Perangai…”

21 Apr 2025 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Konflik keluarga usahawan Bonda Rozita dengan pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam sehingga kini belum temui titik nokhtar dan masih menjadi topik hangat di laman sosial.

Padam hantaran

Terbaharu, anak kepada Bonda Rozita iaitu Maryam Nur Amani mendedahkan aktres itu ada menghubungi ibunya berhubung dengan hantaran yang dimuat naik di media sosial sebelum ini.

 

“Rebecca ada mesej mak saya, dia cakap… ’saya sakit hati, saya akan padam hantaran saya kalau anak-anak bonda padam hantaran mereka’,” katanya menerusi siaran langsung (live).

 

Pada perkongsian yang sama, Amani bagaimanapun Amani tetap dengan pendiriannya untuk tidak memadam hantaran itu.

“Kami tak nak padam, untuk apa? Biarkan sahaja, biar orang tahu perangai kau macam mana,” ujarnya.

Kisah peribadi

Bukan itu sahaja, Amani menegaskan seluruh ahli keluarganya tidak pernah mendedahkan isu peribadi secara terbuka.

 

“Kalau nak tahu keluarga bonda tak pernah kongsi hal keluarga secara online. Tapi apabila kami tunjuk tentang isu ini di media… nampak sangat betapa besar masalah ini sebenarnya.

 

“Benda boleh bawa berbincang, sama ada telefon atau mesej kami tapi dia tak nak juga,” ujarnya.