Demi besarkan anak-anak! PM Anwar tersentuh hati, penat lelah tukang sapu akhirnya terbalas

LocalFamily & Parenting
19 Aug 2026 • 6:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kisah M. Kavita, 50, yang lebih 12 tahun bekerja sebagai tukang sapu bagi membantu menyara keluarga dan membesarkan lima anak menyentuh hati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, segala penat lelah dan pengorbanan Kavita akhirnya terbalas apabila kelima-lima anaknya berjaya dalam bidang masing-masing.

“Alhamdulillah, segala penat lelah dan pengorbanannya terbalas apabila kelima-lima anaknya berjaya dalam bidang masing-masing,” katanya.

Image from: Demi besarkan anak-anak! PM Anwar tersentuh hati, penat lelah tukang sapu akhirnya terbalas

Pengorbanan Kavita turut dihargai menerusi Anugerah Khas dalam Majlis Apresiasi Hari Pekerja Pembersihan SWCorp.

Terdahulu, kisah Kavita mendapat perhatian selepas lima anaknya membuat kejutan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-50 ketika wanita itu sedang bekerja sebagai tukang sapu.

Anak sulungnya, L Bharathi, 34, berkata mereka lima beradik menyaksikan sendiri pengorbanan ibu yang sanggup bekerja di bawah panas terik dan hujan demi menyara keluarga.

“Sejak kecil, kami menyaksikan sendiri kesusahan Amma yang sanggup bekerja di bawah panas terik dan hujan demi menyara keluarga tanpa pernah mengeluh.
“Pengorbanan Amma itu menjadi sumber inspirasi kepada kami untuk belajar bersungguh-sungguh, bekerja keras dan mengubah kehidupan keluarga,” kongsinya sebelum ini.

Sementara itu, Anwar turut mendoakan agar Kavita dan seluruh warga pekerja pembersihan terus diberikan kekuatan, kesihatan serta penghormatan yang selayaknya.

“Semoga saudari Kavita dan seluruh warga pekerja pembersihan terus diberikan kekuatan, kesihatan dan penghormatan yang selayaknya.
“Terima kasih atas segala bakti dan keringat dalam menjaga kebersihan serta kesejahteraan kita semua,” katanya.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved