Saya tersentuh dengan kisah M. Kavita – PM

19 Aug 2026 • 5:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Saya tersentuh dengan kisah M. Kavita – PM

PETALING JAYA – Kisah seorang ibu, M. Kavita membesarkan lima anaknya menyentuh hati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menerusi media sosialnya berkata, segala penat lelah dan pengorbanan wanita itu terbalas apabila kelima-lima anaknya berjaya dalam bidang masing-masing.

Pengorbanan M. Kavita turut dihargai menerusi Anugerah Khas dalam Majlis Apresiasi Hari Pekerja Pembersihan SWCorp, semalam.

“Tersentuh dengan kisah saudari M. Kavita yang lebih 12 tahun meredah panas dan hujan sebagai pekerja pembersihan demi membesarkan lima anak.

“Semoga saudari M. Kavita dan seluruh warga pekerja pembersihan terus diberikan kekuatan, kesihatan dan penghormatan yang selayaknya. Terima kasih atas segala bakti dan keringat dalam menjaga kebersihan serta kesejahteraan kita semua,” katanya.

Terdahulu, perkongsian video berdurasi dua minit 50 saat memaparkan kejutan sempena ulang tahun kelahiran wanita itu tular di media sosial.

M. Kavita ketika itu sedang bekerja, ditemu bual seorang individu di Seremban, Negeri Sembilan dan tidak menyedari kehadiran anak-anaknya yang memakai seragam kerja masing-masing.

Media melaporkan, anak-anaknya berjaya mencapai impian bekerja sebagai jururawat, kru kabin, guru dan juruterbang hasil titik peluk Kavitha yang merupakan seorang tukang sapu di sebuah syarikat di Seremban.

M. Kavitha, 50, sudah berkhidmat sebagai tukang sapu selama 12 tahun dengan pendapatan sekitar RM1,800 sebulan, memaklumkan mahu terus bekerja kerana sudah selesa berdikari dan ikhlas melakukan pekerjaan tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Saya tersentuh dengan kisah M. Kavita – PM appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved