Pengorbanan M. Kavita besarkan lima anak sentuh hati PM

LocalFamily & Parenting
19 Aug 2026 • 6:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pengorbanan M. Kavita besarkan lima anak sentuh hati PM
Segala penat lelah dan pengorbanan Kavita akhirnya terbalas apabila kelima-lima anaknya berjaya dalam bidang masing-masing.

KUALA LUMPUR - Pengorbanan seorang pekerja pembersihan M. Kavita yang lebih 12 tahun meredah panas dan hujan demi membesarkan lima anaknya, menyentuh hati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook pada Rabu, Anwar berkata, segala penat lelah dan pengorbanan Kavita akhirnya terbalas apabila kelima-lima anaknya berjaya dalam bidang masing-masing.

"Semoga saudari Kavita dan seluruh warga pekerja pembersihan terus diberikan kekuatan, kesihatan dan penghormatan yang selayaknya.

"Terima kasih atas segala bakti dan keringat dalam menjaga kebersihan serta kesejahteraan kita semua,” kata Anwar.

Perdana Menteri berkata, pengorbanan Kavita turut dihargai menerusi Anugerah Khas pada Majlis Apresiasi Hari Pekerja Pembersihan 2026 anjuran SWCorp, semalam.

Sebelum ini, kisah Kavita tular di media sosial apabila anak-anaknya memberikan kejutan ketika dia sedang bekerja sempena sambutan ulang tahun kelahirannya ke-50.

Lebih menyentuh hati apabila anaknya hadir dengan mengenakan uniform pekerjaan masing-masing, antaranya juruterbang dan jururawat, menyebabkan Kavita menangis kegembiraan menerima kejutan tersebut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved